22
1. Pengertian masalah sosial remaja Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak- kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah hanya berkisar di sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok,

Pengertian Masalah Sosial Remaja

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengertian Masalah Sosial Remaja

1. Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial  merangkumi berbagai perlakuan  negatif anggota 

masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan

sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan  dalam sesuatu masyarakat ataupun

negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus  bagi mengkategorikan

remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan 

seorang kanak-kanak adalah mereka yang  berada dalam lingkungan umur 10

hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan  1952,  kanak-kanak didefinisikan

mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak

menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan

masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur  di

bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam

persekolahan

Pada lazimnya, masalah disiplin di kalangan  pelajar  sekolah hanya  berkisar  di sekitar 

kenakalan mereka merosakkan harta benda awam, ponteng sekolah, merokok, melepak 

dan seumpamanya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai  perbuatan yang 

bercanggah dengan norma masyarakat  dan undang-undang negara. Namun begitu

apabila  pelajar sekolah  mulai  bertindak  lebih jauh  daripada itu,   sesuatu perlu 

dilakukan segera untuk membendung mereka  daripada terjebak  dengan perkara-perkara

yang tidak diingini.

Kes terbaru melibatkan pergaduhan antara pelajar yang  menyebabkanpembunuhan di

dalam sebuah bas sekolah ketika dalam perjalanan ke sekolah.  Dalam kes seperti ini

siapa yang patut dipersalahkan? Bagaimana ini  boleh terjadi? 

Page 2: Pengertian Masalah Sosial Remaja

Antara  faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah disiplin:

i. Institusi  Keluarga:

Faktor-faktor Penyumbang (dari aspek pembangunan keluarga)

James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan  disiplin sesebuah keluarga akan

menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.Ibu

bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran

terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi  ‘role model’ sekaligus sebagai perangsang. Ini akan

mendorong  kepada kewujudan suasana harmonis.

 

Kurang Kemahiran Mengawal Diri

Keluarga merupakan institusi paling asas yang terlibat dalam memberikan pengalaman

awal kepada seorang kanak-kanak. Ahli keluarga khasnya ibu bapa memainkan peranan

dalam membentuk kemahiran mengawal diri. Kemahiran mengawal diri memerlukan

kefahaman terhadap nilai sosial baik di samping perkara yang salah dan betul dan di sisi

peraturan mahupun undang-undang.

Gaya keibubapaan yang baik akan menurunkan nilai-nilai baik ini supaya dapat menjadi

teladan dan ikutan anak-anak. Ibu bapa sendiri perlu menjadi model yang terbaik untuk

anak-anak mereka.

Namun,berapa ramaikah di antara kita yang memiliki kemahiran keibubapaan ini? Jika

kita mempunyai kemahiran ini, adakah kita mempraktikkannya di kalangan anak-anak

kita?

Page 3: Pengertian Masalah Sosial Remaja

Bagaiman dengan fungsi keibubapaan yang tidak kesampaian? Misalnya dalam kes ibu

tunggal. Ibu tunggal yang bekerja akan kesuntukan kesempatan untuk menurunkan nilai-

nilai ini kepada anak-anak.

Bagaimana dengan tanggungjawab seorang bapa? Keadaan menjadi lebih buruk jika

perkara ini berlaku dalam system keluarga nuclear. Sokongan daripada ahli keluarga yang

kembangan adalah kurang. Perkara beginilah yang dilihat sebagai penyumbang kepada

masalah social remaja masa kini.

Sikap masyarakat sekarang tidak lagi suka menjaga tepi kain oramg lain turut

menyumbangkan kepada mesalah ini. Kita hidup berkelompok tetapi saling dipisahkan

oleh tembok batu dan besi. Ciri-ciri individualistic jelas ketara. Kita enggan menegur slsh

lsku anak-anak jiran.

Kita jarang berkongsi nilai-nilai baik sosial seperti mana masyarakat dahulu. Budaya

saling tegur sapa, Bantu membantu, mesra serta prihatin terpaksa dilaungkan kerana

kemerosotannya di dalam gaya hidup masyarakat kini.

Dunia luar ibarat lorong, tempat hiburan dan mana-mana lubuk untuk remaja melepak

menjanjikan keseronokan yang lebih baik. Ditambah pula dengan tarikan daripada rakan

yag senasib dengan mereka. Perlakuan delekuan diperlihatkan sebagai satu identiti untuk

kumpulan mereka dan satu cara remaja melepaskan keinginan serta tekanan mereka.

Ketagihan keseronokan dapat mengatasi pengetahuan kemahiran hidup positif yang lain

apabila kumpulan ini berkumpul.

Kurang kemahiran mengawal diri yang berpunca daripada harga diri dan konsep kendiri

yang lemah tyryt menyumbangkan kepada merlakuan delekuan ini. Mari kita imbas

kembali bagaimana perlakuan remaja yang mempunyai harga diri serta konsep kendiri

yang negative. Mereka sering terlibat dengan aktiviti antisocial yang bertentangan dengan

nilai baik social, agama, peraturan atau undang-undang.

Page 4: Pengertian Masalah Sosial Remaja

Kurang Masa Bersama Keluarga.

Meluangkan masa bersama keluarga merupakan salah satu sapek yang perlu diberi

perhatian. Banyak masalah social dikaitkan dengan ibu bapa yang tidak meluangkan

masa untuk anak kerana anak-anak terpaksa mencari jalan sendiri dalam menghadapi

perkembangan remaja tanpa bimbingan yang sepatutnya.

Remaja yang tidak mengalami masa bersama keluara kerana kesibukan ibu bapa juga

tidak dapat meluahkan masalah mereka kepada ibu bapa. Apabila mereka tertekan

mereka akan menggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk memnatasi masalah mereka

seperti pemgambilan dadah dan lari dari rumah.

Masalah Ekonomi Keluarga

Keluarga yang miskin mungkin kurang mampu dalam menyediakan pendidikan

sempurna kepada anak, makan dan minum, tempat kediaman serta kebolehcapaian

kepada kemudahan dan sistem kesihatan yang sempurna.

Faktor kemiskinan ini boleh mendorong remaja untuk mencuri untuk memenuhi

keperluan mereka dan seterusnya berjinak-jinak dengan aktiviti yang lebih serius seperti

mengedar dadah dan melacurkan diri untuk mendapatkan kemewahan atau dalam

menanggung perbelanjaan pengajian mereka.

ii. Pihak Sekolah:

Tugas guru, disamping mengajar juga adalah sebagai role model yang utama bagi para

pelajar. Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan  dalam melaksanakan

Page 5: Pengertian Masalah Sosial Remaja

meritokrasi. Konflik jiwa , pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap

undang-undang dan dasar pendidikanakan menyebabkan mereka melakukan perkara-

perkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana

budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri.

iii. Media Massa/ Internet:

Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk dielakkan pada

zaman ini. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram  sedikit

sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Golongan remaja suka mencuba

tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Ibu bapa, guru dan pihak berwajib

hendaklah sama-sama membendung gejala ini.

iv. Rakan sebaya:

Peranan rakan sebaya  turut menyumbang kepada berlakunya  gejala sosial ini terutama

kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah

keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personality individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa

patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa

dan lain-lain persoalan lagi. 

 Menurut teori fungsionalisme, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa

saling berperanan dalam mengatasi masalah disiplin. 

3.0 Definisi Modenisasi:

Page 6: Pengertian Masalah Sosial Remaja

 Modenisasi  merupakan satu proses transformasi  ekonomi dan  sosial dalam  masyarakat

sebagai  kesan daripada  bermulanya  perindustrian.  Modenisasi juga  diterima  sebagai 

keadaan  di mana masyarakat  tradisional  menggantikan  atau memodenkan sikap ,

autoriti , hubungan  dan nilai-nilai  lama kepada yang baru.

Gaya  hidup yang  tradisi telah  berubah kepada cara hidup moden seiring dengan 

pertumbuhan kilang-kilang, pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan  dan taman –

taman tema. Sistem pendidikan juga  telah mengalami modenisasi  secara beransur-

beransur  dengan adanya  pertemuan gejala barat.

4.0 Menganalisis isu berdasarkan  tiga konsep sosiologi: 

4.1 Pendidikan dan Modenisasi:

 Antara faktor penting yang menyumbang kepada  masalah disiplin adalah  disebabkan

proses modenisasi  iaitu masyarakat  telah mengalami  perubahan-perubahan yang tidak

disertakan dengan perubahan dalam sistem persekolahan. 

 Terdapat perubahan dalam nilai  dalam norma-norma  dalam kehidupan kita  disebabkan

oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi. Taraf pendidikan ibubapa 

juga telah meningkat.  Kebanyakan ibu bapa keluar bekerja  sama ada sebagai pekerja

profesional, sokongan  atau buruh biasa. Keluarga yang kedua ibubapa mereka keluar

bekerja mempunyai kurang waktu untuk keluarga seperti laporan Harian Metro pada 30

November 1998 ,  melaporkan bahawa menurut Datuk Paduka Zaleha Ismail, kanak-

kanak dari keluarga nuklear kurang berkesempatan berinteraksi dengan keluarga

menyebabkan gejala sosial mudah mempengaruhi mereka. Sekali lagi, Harian Metro

bertarikh 1 Februari 1999 melaporkan Zaleha Ismail berkata bahawa gejala sosial yang

semakin menular berpunca dari keruntuhan institusi keluarga dan kurangnya kasih-

Page 7: Pengertian Masalah Sosial Remaja

sayang dari keluarga. 

Remaja yang terbiar dan ketandusan kasih sayang akan mencari rakan sebaya untuk

memenuhi kekurangan ini. Mereka berkumpul dan mencari hiburan  di pusat-pusat

membeli –belah, pusat hiburan  dan paling malang apabila mereka membentuk kumpulan

untuk melakukan jenayah. Infrastruktur,  perkhidmatan awam  dan sistem komunikasi 

yang  berkesan dan  maju  telah  disalahgunakan oleh remaja kita.

4.2 Pendidikan dan Reproduksi Kelas sosial:

 

Seperti yang disebutkan oleh Datuk Paduka Zaleha Ismail tadi iaitu "… kurangnya masa

berinteraksi …" dan "… kurangnya kasih sayang …". Ataupun apa-apa kekurangan lain

yang seumpama dengannya. Pope, C.E. dalam artikelnya yang bertajuk "The Family,

Delinquency and Crime" menyebut, "… perceraian, keluarga induk, cara mendisiplin

yang tidak sesuai, kurang pengawasan, kurangnya ikatan positif dengan ibubapa, saiz

keluarga yang besar dan seumpamanya telah dikenalpasti berpotensi untuk mempunyai

perkaitan dengan tingkahlaku yang tidak sesuai." 

Terdapat banyak kajian  tentang hubungan  antara  latar belakang keluarga yang tidak

stabil  dengan kerosakan  akhlak  di kalangan kanak-kanak sekolah dan remaja.  Pelajar 

yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf ekonomi yang  rendah  antara faktor

utama  pelajar terjebak dalam masalah disiplin. Untuk mengatasi masalah kewangan yang

kian meruncing , bilangan ibu bapa yang keluar bekerja meningkat yang mana faktor ini

telah menyumbang kepada kurangnya masa untuk beriteraksi dan kurangnya perhatian

dan kasih sayang kepada anak-anak.

Page 8: Pengertian Masalah Sosial Remaja

4.3 Pendidikan dan Kawalan Sosial: 

Peranan sekolah sebagai agen perubahan sosial  samada secara formal ataupun informal

sangat nyata. Kurikulum sekolah  Malaysia  yang disesuaikan  dengan masyarakat 

makro  telah mengambil kira peranan sekolah sebagai agen kawalan sosial. Para pelajar

telah didedahkan dengan perlakuan-perlakuan patut dan tidak patut melalui penerapan

nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.

 Selain itu para pelajar  secara mikronya tertakluk kepada peraturan-peraturan atau

disiplin yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Guru-guru akan memastikan pelajar-

pelajarnya mematuhi peraturan. Pujian akan diberikan kepada yang mematuhi peraturan

dan sebaliknya, teguran  dan hukuman seperti di rotan, digantung atau dibuang sekolah 

akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan.

Tidak semua pelajar dapat menerima hukuman secara positif,  sebaliknya mencetuskan

konflik yang kompleks dalam jiwa mereka. Justeru itu pihak sekolah khasnya guru-guru 

perlu lebig perihatin terhadap golongan pelajar seperti ini. Keintiman guru dengan

pelajar  dan kesediaan guru mendengar masalah pelajar sedikit sebanyak dapat

membendung masalah disiplin dan salah laku  dikalangan pelajar sekolah. Jika pihak

sekolah  kurang peka terhadap ini semua berlakulah pelbagai masalah sosial termasuk

berani membunuh. 

Keterikatan dengan sekolah dan kawan-kawan yang konvensional juga penting untuk

menjauhkan aktiviti delinkuensi. Begitu juga dengan kebolehan akademik, pencapaian

akademik serta sensitiviti terhadap kehendak guru. 

5.0  Rumusan:

Secara keseluruhannya,secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah  yang  melanda

pelajar  pada masa kini  adalah disebabkan konflik atau tekanan   yang  wujud  di dalam

Page 9: Pengertian Masalah Sosial Remaja

alam persekitaran .  Proses modenisasi atau pembangunan yang pesat  telah mengubah

cara hidup  masyarakat kita khasnya golongan remaja. Begitu juga dengan institusi

kekeluargaan yang sudah tidak  dianggap penting lagi justeru  meningkatnya kadar

perceraian .

 Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan

Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca

utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja bawah umur di negeri

tersebut.   Rata-rata masyarakat kita  mula bersikap individualistik dan materialistik.

Dalam  agama pula, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi

ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu

senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa

sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan

dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang

murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak

dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan

delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan

apa yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia. 

Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Setiap

individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan 

sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep 

Masyarakat Madani .

Setiap pelajar  perlu didekati  supaya mereka rasa diterima oleh masyarakat 

khasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perlu 

ditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor

amat penting  untuk membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita. 

Page 10: Pengertian Masalah Sosial Remaja

Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar

remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada

golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang

serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap

gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa

mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta

sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga

seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-

anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai

kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan

sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan

memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,

emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap

agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip

akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang

mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.

Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-

aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-

kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik

pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar

dan teknik pengajaran luar kelas.

Page 11: Pengertian Masalah Sosial Remaja

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di

peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di

samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu

bapa  dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang

kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam

mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil

kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti

kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting

dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih

bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman

dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. 

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang

penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu

diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya

menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

7. Makan bersama erat hubungan ahli keluarga.Walaupun makan bersama

mungkin menjadi keutamaan pada sesetengah keluarga berbanding dengan yang

lain, namun tahap kekerapan makan bersama telah menurun.Gejala-gejala sosial

seperti kegagalan dalam sekolah hingga kerosakan akhlak yang timbul dikatakan

berpunca daripada kurang makan bersama dalam keluarga.

Page 12: Pengertian Masalah Sosial Remaja

Remaja yang dibiar makan di luar akan berjumpa dan lama-kelamaan gemar

mencari kawan untuk bersama dan berbual kosong. Mereka bukan sahaja

memenuhi masa untuk berbual tetapi juga akan terlibat dengan permainan video,

snuker, merokok atau mabuk.

Punca mereka senang terjerumus ke dalam kancah maksiat ialah kerana mereka

akan lebih berminat untuk mencuba atau mahu menunjuk-nunjuk apabila berada

bersama-sama dengan kawan-kawan. Remaja memang suka meniru dan

mengikut gaya supaya diterima dalam kumpulan.

Masalah-masalah ini akan menjadi lebih buruk apabila mendapat tentangan

daripada ibu bapa. Mereka yang tidak tahan dengan tekanan akan mengambil

tindakan untuk lari dari rumah atau tinggal bersama kawan-kawan yang sealiran

dengan mereka.

Kepentingan makan bersama ialah ibu bapa akan dapat menentukan apa anak

mereka makan dan berapa banyak yang mereka perlu makan. Kajian

menunjukkan kanak-kanak yang makan bersama di rumah, kebanyakannya tidak

mengalami berat badan yang lebih berbanding mereka yang tidak.

Terdapat sepuluh kebaikan makan bersama, iaitu antaranya semua ahli keluarga

makan makanan yang lebih sihat, kanak-kanak tidak mempunyai masalah berat

badan atau obes, kanak-kanak kurang merokok, kanak-kanak akan kurang

minum minuman ringan atau yang memabukkan, mereka akan kurang terlibat

dengan dadah, pencapaian gred meningkat, perbualan ibu dan anak akan lebih

kerap, perbincangan mengenai masalah akan terdengar, kanak-kanak akan

Page 13: Pengertian Masalah Sosial Remaja

merasa diberi perhatian dan dihargai dan stres dan ketegangan menjadi kurang di

kalangan keluarga.

Kesimpulan

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting:

ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi

masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun

langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa,

nescaya gejala ini sukar diatasi.

2. Kes Penculikan

Pihak polis mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan

Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati

cuai hingga menyebabkan anak-anak mereka hilang atau diculik.

Mengikut peruntukan dalam akta itu, ibu bapa yang melakukan

perbuatan aniaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak

kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi boleh

didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, jika sabit

kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum

RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya

sekali.

Beliau menyifatkan tindakan itu wajar ekoran kes penculikan dan

kehilangan kanak-kanak didapati semakin meningkat sejak

Page 14: Pengertian Masalah Sosial Remaja

kebelakangan ini.

Berikutan dengan pengumuman itu, beberapa respons masyarakat

telah disuarakan dan yang terkini adalah sepucuk surat dari seorang

pembaca Utusan Malaysia yang disiarkan pada 30 April. Berikut

disiarkan kembali surat itu:-

POLIS seperti mahu lepas tangan apabila mereka mengumumkan

pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001.

Semua beban mengenai keselamatan kanak-kanak hendak diserahkan

kepada masyarakat secara total.

Kejadian seperti yang berlaku kepada Sharlinie merupakan kejadian

yang langsung tidak dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Tiada ibu

bapa yang waras mahu membenarkan anak mereka diculik dan

diperlakukan dengan sewenangnya oleh penjenayah.

Pihak polis memberikan alasan kadar kes penculikan yang semakin

tinggi sebagai faktor untuk mereka melaksanakan akta ini.

Apakah dengan menghukum ibu bapa maka peratusan ini akan

berkurangan sedangkan masih ramai penjenayah di luar sana yang

sudah cukup bersedia dengan pelbagai taktik untuk melakukan

kegiatan mereka?

Penjenayah mampu melakukan kegiatan apabila mereka melihat

peluang yang ada dan menjangkakan bahawa kegiatan yang mereka

lakukan itu tidak membawa banyak masalah kepada mereka.

Apabila kita berbicara tentang kejadian jenayah, kita tidak mampu lari

Page 15: Pengertian Masalah Sosial Remaja

daripada membincangkan tentang kelonggaran sistem keselamatan

kawasan persekitaran yang turut disumbangkan oleh kelemahan

pihak polis dalam menjalankan tugas.

Kes-kes penculikan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis

juga menjadi faktor kepada penjenayah untuk melakukan perkara

yang sama berulang kali. Penjenayah beranggapan bahawa taktik

mereka sudah berjaya dan kegiatan mereka seperti sukar dijejak oleh

pihak polis.

Selain itu, pelaksanaan akta ini turut memberi gambaran kepada

masyarakat bahawa kawasan kejiranan di Malaysia sudah lagi tidak

selamat untuk kanak-kanak membesar.

Seperti yang berlaku pada Sharlinie, dia diculik di lokasi yang

jaraknya 200 meter dari tempat kediamannya. Adakah sekarang anak-

anak kita sudah berada di zon bahaya apabila keluar 200 meter dari

kawasan rumah? Apakah punca kawasan kejiranan sudah tidak lagi

selamat?

Kawasan kejiranan yang selamat selalunya dapat diwujudkan dengan

kehadiran pihak berkuasa secara kerap ataupun pihak berkuasa

mampu respons dengan cepat kepada segala aduan yang disampaikan

penduduk.

Pihak polis seharusnya memastikan bahawa penjenayah mempunyai

ruang yang minimum untuk mereka bergerak sejurus mereka

melakukan aktiviti jenayah.

Sekiranya kita merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 yang

membolehkan ibu bapa dihukum maksimum RM20,000 atau penjara

Page 16: Pengertian Masalah Sosial Remaja

maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, pelbagai masalah

tambahan akan timbul.

Sekiranya ibu atau bapa sudah dipenjara atau dikenakan denda maka

keluarga tersebut akan ditimpa dengan bebanan yang baru.

Bagaimana pula nasib ahli keluarga yang masih perlu ditanggung?

Langkah polis menempatkan balai polis di kawasan kejiranan

sememangnya satu langkah bijak namun melaksanakan Akta Kanak-

Kanak 2001 yang menjurus kepada menghukum ibu bapa dan bukan

kepada penjenayah yang melakukannya adalah suatu tindakan yang

tidak wajar.