4
LETUSAN GUNUNG BERAPI Apabila meletup.gunung berapi mengeluarkan pelbagai bahan yang terdiri daripada bahan pepejal, cecair dan gas. Bahan cecair yang dikeluarkan oleh letusan gunung berapi yang mengalir dipermukaan bumi disebut lava. Lava yang mengalir melalui retakan-retakan dalam gunung dan melalui lohong ke lereng-lereng gunung boleh mengalir beribu-ribu meter dan memusnahkan segala yang ada dipersekitaran seperti haiwan,tumbuhan dan manusia. Kepanasan lava menyebabkan hutan terbakar dan membawa kerosakan yang besar. Pelbagai gas dikeluarkan semasa letusan seperti karbon dioksida, hidrogen, sulfida, klorin, flourin dan boron. Gas ini mengandungi 65-95% wap air (stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air menjadi larutan asid sulfurik lemah yang boleh membunuh tumbuh-tumbuhan di kawasan gunung berapi. Hujan yang turun menjadi asidik dan mempengaruhi tumbuhan dan haiwan di kawasan itu. Hujan asid akan mempengaruhi kesuburan tanah di kawasan sekeliling dan menjadi tanah tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi. Semasa letupan, suhu di kawasan letusan gunung berapi akan meningkat dan akan menjadi sangat panas. Ini menyebabkan mana-mana air yang ada akan ditukar kepada wap air. Apabila wap air yang dikeluarkan bertemu dengan udara

pengenalan gunung berapi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pengenalan gunung  berapi

LETUSAN GUNUNG BERAPI

Apabila meletup.gunung berapi mengeluarkan pelbagai bahan yang terdiri

daripada bahan pepejal, cecair dan gas. Bahan cecair yang dikeluarkan oleh

letusan gunung berapi yang mengalir dipermukaan bumi disebut lava. Lava yang

mengalir melalui retakan-retakan dalam gunung dan melalui lohong ke lereng-

lereng gunung boleh mengalir beribu-ribu meter dan memusnahkan segala yang

ada dipersekitaran seperti haiwan,tumbuhan dan manusia. Kepanasan lava

menyebabkan hutan terbakar dan membawa kerosakan yang besar.

Pelbagai gas dikeluarkan semasa letusan seperti karbon dioksida,

hidrogen, sulfida, klorin, flourin dan boron. Gas ini mengandungi 65-95% wap air

(stim) yang sangat panas. Sulfur dioksida terlarut dalam wap air menjadi larutan

asid sulfurik lemah yang boleh membunuh tumbuh-tumbuhan di kawasan

gunung berapi. Hujan yang turun menjadi asidik dan mempengaruhi tumbuhan

dan haiwan di kawasan itu. Hujan asid akan mempengaruhi kesuburan tanah di

kawasan sekeliling dan menjadi tanah tidak sesuai untuk kegiatan pertanian lagi.

Semasa letupan, suhu di kawasan letusan gunung berapi akan meningkat

dan akan menjadi sangat panas. Ini menyebabkan mana-mana air yang ada

akan ditukar kepada wap air. Apabila wap air yang dikeluarkan bertemu dengan

udara yang lebih sejuk, pemeluwapan berlaku denagn pembentukan awan yang

tebal. Ini diikuti dengan penurunan hujan lebat semasa letupan. Hujan lebat

kadang-kadang bercampur dengan debu-debu halus gunung berapi

menghasilkan aliran lumpur yang boleh memusnahkan petempatan seperti yang

berlaku di Herculaneum, iaitu sebuah bandar pada zaman Rome yang terletak

tidak jauh dari bandar Naples hari ini.

Kadang-kadang banjir boleh berlaku apabila salji yang terdapat dicerun

atas gunung berapi mencair denagn mengecut. Contohnya pada 1877, lava cair

yang keluar secara mengecut dari gunung berapi Cotopaz di Ecuador telah

Page 2: pengenalan gunung  berapi

mencairkan salji yang berada di kemuncaknya dan menyebabkan banjir kilat

berlaku. Pada tahun 1985, letusan gunung berapi Guiz di kawasan Andes,

Colombia menyebabkan pencairan ais. Aliran air dari pencairan aisGuiz di

kawasan Andes, Colombia menyebabkan pencairan ais. Aliran air dari pencairan

ais bersama debu gunung berapi membentuk aliran lumpur yang disebut lahar

mengalir menurun dari cerun dengan halaju 145 km per jam telah memusnahkna

sebuah bandar dan membunuh 20 000 orang.

Dalam jangka masa beberapa tahun, letusan gunung berapi sebenarnya

boleh juga menurunkan sedikit kepanasan suhu di bumi seperti yang dilaporkan

oleh ahli sains Amerika Syarikat hasil letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina

yang berlaku pada Jun 1991. Ini hádala kerana debu-debu asid sulfur yang

terapung-apung di udara membentuk satu lapisan yang dapat memantulkan

kembali sinaran matahari. Dalam jangka masa antara 2-4 tahun, suhu di

atmosfera dapat menurun Kira-kira 1.5°C.

Letusan gunung berapi juga menghasilkan pelbagai jenis bentuk muka

bumi jalar dalam seperti dais, sil, lakolitos, pakolitos dan batolitos. Melalui

gondolan permukaan bumi, bentuk muka bumi ini akan terdedah di permukaan

dan menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi yang akan mempengaruhi

kegiatan manusia. Batolitos terdedah membentuk banjaran yang besar seperti

banjaran Titiwangsa, Malaysia. Pantai batolit di British Columbia berukuran

panjang Kira-kira 2500 km dan lebar 1600 km. Lakolitos terdedah membentuk

kubah atau bukit bulat, lopolitos pula akan membentuk lembangan cetek. Contoh

lopolitos ialah di Bushveld, Trasvaal Afrika Selatan mempunyai lembangan yang

merentang sejauh 480 km.

Letusan gunung berapi juga menyediakan pembentukan cráter dan

keldera yang besar. Danau Toba merupakan satu contoh kaldera yang telah

diisikan dengan air dan telah dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

Kawasan gunung berapi juga mempunyai keindahan semula jadi yang unik.

Page 3: pengenalan gunung  berapi

Keindahan alam semula jadi gunung berapi tidak dapat ditandingkan oleh bentuk

fizikal yang lain.