7
BAHASA DALAM KOMUNIKASI BERTULIS TEKS UCAPAN TUGASAN ISL GENERIK BAHASA KONTEKSTUAL

Nota Teks Ucapan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Definisi, konsep, ciri-ciri

Citation preview

bahasa dalam komunikasi bertulis teks ucapan

bahasa dalam komunikasi bertulis teks ucapanTUGASAN ISL GENERIK BAHASA KONTEKSTUAL

DEFINISI Ucapan dapat diertikan sebagai apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan, atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata, kata-kata yang mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan atau pidato. KONSEP Satu kegiatan melafazkan kata-kata sama ada berbentuk nasihat atau pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan orang.PERKARA YANG TERLIBAT DALAM UCAPAN Majlis atau situasi yang membolehkan ucapan dilakukan. Majlis ucapan mestilah mempunyai pendengar. Mesti ada orang yang memberi ucapan (speaker). Mesti ada ucapan tersusun yang disampaikan oleh orang yang berkaitan. Sesuatu ucapan harus mengandungi simbol penghantar. Persetujuan pendengar untuk mendengar ucapan.CIRI-CIRI UCAPAN YANG BAIK

FORMAT TEKS UCAPAN Permulaan Ucapan Ucapan dimulakan dengan cara bentuk peribadi. Susunan kata-kata aluan ini mestilah mengikut status pangkat tetamu yang disebut seperti nama, gelaran, pangkat atau jawatan daripada yang tertinggi kepada yang terendah.Kata-kata PenghormatanHuraian

a) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia.Khas kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong, sultan-sultan dan raja-raja serta permaisuri masing-masing.

b) Duli Yang Teramat Mulia, Duli Yang Amat Mulia, Yang Maha Mulia, Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia.Digunakan bagi kerabat-kerabat raja bergelar seperti Tuanku, Tengku Mahkota, Raja Muda dan yang setaraf dengannya.

c) Yang Amat Berhormat.Digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Besar dan ketua-ketua Menteri.

d) Yang Berhormat.Digunakan untuk menteri-menteri kerajaan, Timbalan Menteri, Yang di Pertua Dewan Negara, ADUN dan anggota Exco kerajaan, Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Panggilan-panggilan yang lain ialah Yang Berhormat Mulia, Yang Dihormati, Yang Amat Berbahagia, Yang Amat Berusaha dan Yang Berusaha.

Bahagian Isi Merupakan rumusan daripada pernyataan yang disampaikan. Terdapat review yang merupakan ringkasan atau ulang sebut idea-idea utama dalam sesuatu ucapan. Mengandungi juga penglahiran harapan tentang objektif majlis. Mempunyai idea dan perlu kupasan yang terperinci. Pengucap perlu memberi panduan kepada audien supaya mereka mengikuti ucapan dengan lebih berkesan seperti penggunaan sign-post atau penanda bagi peralihan isi. Contoh sign-post yang biasa digunakan:seterusnya kita beralih pulatadi telah saya nyatakan tentang Selain sign-post, sesuatu ucapan yang berkesan perlu ada rujukan kepada audien. Berikut adalah contoh-contoh yang biasa digunakan:Saudara-saudara sekalianTuan-tuan dan puan-puan yang dihormatiRakan-rakan seperjuangan yang dikasihi

Penutup Bahagian yang paling penting. Menerangkan tujuan atau isi ucapan dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Contoh:i. tadi saya telah menjelaskan tentang beberapa perkara, iaituii. demikianlah serba ringkas Kenyataan untuk diingat biasanya ditekanakan atau diucap pada akhir sesebuah ucapan. Contoh:i. Saya percaya saudara-saudari sekalian boleh menjayakan visi ini sekiranya mempunyai keazaman yang kuat,ii. Sekali lagi saya memohon doa restu dan segala bentuk sokongan daripada saudara-saudariiii. Dengan penuh takzim, saya merasmikan Dalam ucapan biasa adalah lebih baik menggunakan penanda seperti:i. Akhir sekaliii. Sebagai mengakhiri ucapan saya

CONTOH UCAPANSaudara Pengerusi Majlis, Presiden Persatuan Belia Senayan, Ahli-ahli Jawatankuasa, dan hadirin sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan ahli-ahli persatuan kepada saya untuk memberikan ceramah berkaitan usaha yang perlu kita ambil untuk memajukan sektor pertanian di negara ini. Kita maklum bahawa pada masa ini kerajaan memang memberikan tumpuan yang lebih terhadap usaha untuk mengetengahkan imej kita sebagai sebuah negara pertanian yang maju dan dikenali di peringkat antarabangsa. Kalau sebelum ini kita giat berusaha dalam sektor industri dan meminggirkan sektor pertanian, maka kini keadaan berubah. Ini disebabkan kerajaan sendiri sedar bahawa kita mempunyai kelebihan dalam sektor ini dan sektor pertanian juga ada sumbangannya terhadap perkembangan ekonomi negara.

Saudara dan saudari sekalian,Sektor pertanian amat erat kaitannya dengan bioteknologi kerana hasil kajian dan penyelidikan dalam bidang ini dapat membantu kita memajukan sektor pertanian. Sebagai contoh, teknologi pembiakbakaan membantu pakar bidang pertanian menemukan baka tanaman atau ternakan yang bermutu. Tanpa kajian dan penyelidikan dalam bidang ini, kita akan terikat kepada baka lama yang tidak lagi kompetitif dari segi hasil. Ternakan kacukan, seperti kacukan antara kambing tempatan dengan biri-biri dan kajian kesesuaian ternakan rusa dan burung unta contohnya membawa dimensi baharu kepada sektor pertanian di negara kita. Oleh itu, pengetahuan kita dalam bidang bioteknologi perlu ditingkatkan. Anda yang mempunyai kelulusan dalam bidang yang berkaitan sebenarnya dapat membantu.Di negara kita, walaupun jentera telah digunakan dalam kerja-kerja pertanian, tetapi belum lagi meluas dan menyeluruh kerana sesetengah ladang, tenaga buruh masih banyak digunakan. Hal ini juga perlu diberikan perhatian. Untuk mengurangkan kos buruh dan memastikan pengusahaan ladang lebih ekonomik, penggunaan mesin amat penting. Mesin dapat mempercepat kerja disamping dapat menjamin pengekalan mutu. Mesin hendaklah digunakan pada semua peringkat pengusahaan, iaitu daripada peringkat pembajakan tanah sehinggalah kepada pemprosesan hasil. Masalah yang berpunca daripada kelemahan dan kecuaian manusia dapat dielakkan dengan penggunaan mesin dan dengan ini hasil daripada sektor pertanian kita akan bertambah baik.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,Sebagaimana yang kita ketahui, di negara ini masih banyak lagi kawasan tanah terbiar. Pada hemat saya, jika tanah ini terus dibiarkan, maka ini merupakan satu pembaziran. Oleh hal yang demikian, langkah drastik perlulah diambil agar kawasan tanah tersebut dapat memberikan manfaat. Hadirin yang masih belum mempunyai pekerjaan, jika berminat untuk mengusahakannya bolehlah menemui kami di Jabatan Pertanian agar kita dapat mengadakan perbincangan tentang cara menebus guna tanah tersebut. Kami yakin bahawa sebahagian besar daripada kawasan itu masih boleh digunakan untuk tanaman tertentu yang bersesuaian dengan keadaan tanah. Sesetengah kawasan tersebut juga sesuai untuk ternakan haiwan, seperti lembu dan kambing, di samping untuk ternakan ikan air tawar.Satu lagi usaha yang tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan lagi usaha memajukan kegiatan hiliran sektor pertanian. Yang saya maksudkan dengan kegiatan hiliran dalam konteks ini ialah usaha mengeluarkan produk akhir daripada sesuatu keluaran pertanian. Sebagai contoh, getah dapat menghasilkan pelbagai jenis produk yang mempunyai pasaran, bukan sahaj daripada susunya, malah daripada batang dan daunnya. Keluaran pertanian lain, seperti kelapa, nanas, koko, kekacang, dan lain-lain harus dikaji dan diselidiki agar hasil hiliran yang pelbagai dapat ditemukan. Jika hal ini dapat dilakukan, bererti kita bukan sahaja dapat menjual keluaran tersebut sebagai bahan mentah, tetapi juga sebagai hasil industri berasaskan pertanian.

Saudara dan saudari sekalian,Dalam apa-apa juga perniagaan , aspek pemasaran merupakan sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh. Dalam hal ini, kita mestilah mencuba sedaya upaya untuk mempercekap pemasaran hasil-hasil pertanian bukan sahaja sebagai bahan mentah tetapi juga sebagai hasil industri. Pasaran yang lebih luas mestilah diterokai dan pasaran janganlah terhad kepada pasaran tempatan, tetapi harus meliputi pasaran antarabangsa. Kita harus mencontohi negara yang sedia maju dalam sektor pertanian, seperti Australia, New Zealand, dan China. Negara-negara tersebut telah menguasai pasaran dunia dalam produk pertanian tertentu, seperti susu dan buah-buahan awet kering. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) hendaklah kita manfaatkan sepenuhnya untuk tujuan ini.

Saudara dan saudari,Kalau selama ini kita memandang negatif terhadap sektor pertanian kerana hasilnya yang kurang lumayan dan kerja pengusahaannya yang lebih bersifat pekerjaan kolar biru, kini sikap tersebut mesti diubah. Kita mestilah yakin akan keupayaan sektor ini dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi kemajuan sektor ini. Saya yakin, pihak swasta juga akan tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan.Sebagai akhir kata, saya berharap agar ceramah saya ini memberikan semangat kepada anda untuk menceburi bidang ini dan yakin bahawa usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan. Sekian, sekali lagi saya ucapkan terima kasih.