9
MODUL TEKS PENGACARA MAJLIS (DEWAN) MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS ISTIADAT & PROTOKOL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2007 TARIKH : 14 SEPTEMBER 2007 MASA : 10.30 PAGI TEMPAT : SERAI DI LANJUT GOLF & RESORT ROMPIN

Modul Teks Pengacara Majlis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Modul Teks Pengacara Majlis

MODUL

TEKS PENGACARA MAJLIS (DEWAN)MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS ISTIADAT & PROTOKOL

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAHPERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2007

TARIKH : 14 SEPTEMBER 2007

MASA : 10.30 PAGI

TEMPAT : SERAI DI LANJUT GOLF & RESORT ROMPIN

Page 2: Modul Teks Pengacara Majlis

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPKURSUS KADET REMAJA SEKOLAH/TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN

200___.

BIL MASA PERKARA

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

Peserta kursus duduk dalam barisan. Ketibaan para jemputan. Ketibaan Tetamu Kehormat.

Ketibaan Yang Berbahagia Penolong Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Left. Konel Amir Mohammad bin Abu Bakar

Nyanyian Lagu Negaraku, Dirgahayu Tuanku dan Kadet Remaja Sekolah.

Menerima Tabik Hormat dan Pelaporan.

Alu-aluan Pengacara Majlis.

Bacaan Doa

Penyampaian Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaan/Watikah Perlantikan dan Hadiah.

Ucapan Aluan oleh ........................................................................................... , merangkap Pengelola Kursus Kadet Remaja Sekolah/Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Pahang Tahun 200........, ................................................................ .

Ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Berbahagia Penolong Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Left. Konel Amir Mohammad bin Abu Bakar

Penyampaian Cenderahati.

Pelaporan dan Menerima Tabik Hormat.

Para jemputan bergerak keluar dewan. Peserta kursus bergerak keluar dewan.

Jamuan.

Bersurai.

Page 3: Modul Teks Pengacara Majlis

TEKS PENGACARA MAJLIS (DEWAN)MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KURSUS KADET REMAJA SEKOLAH/

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAHPERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 200__

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN

1 Peserta kursus duduk dalam barisan.

Ketibaan para jemputan.

Ketibaan Tetamu Kehormat.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Perhatian kepada semua peserta kursus Majlis Perasmian Penutup Kursus Kadet Remaja Sekolah/Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Pahang Tahun 200.......

Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia dengan ketibaan Yang Hormat Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang sebentar sahaja lagi. Diminta agar tuan-tuan dan puan-puan dapat menutup telefon bimbit masing-masing agar tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih di atas kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan.

Pengacara diminta untuk memaklumkan kepada semua peserta kursus agar bersedia untuk upacara penutupan dan menutup telefon bimbit masing-masing.

2 Ketibaan Yang Hormat Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Dato’ Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Ketua Unit SPPK Pejabat Pelajaran Daerah Rompin, Mejor KRS Azmi bin .............

(Ketua Kursus) Dewan, dewan sedia.

3 Nyanyian Lagu Negaraku, Dirgahayu Tuanku dan Kadet Remaja Sekolah.

Nyanyian lagu Negaraku, Dirgahayu Tuanku dan Kadet Remaja Sekolah.

(Ketua Kursus) Negaraku, sedia, mula. Dirgahayu Tuanku, sedia, mula. Kadet Remaja Sekolah, sedia, mula.

Page 4: Modul Teks Pengacara Majlis

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN

4 Menerima Tabik Hormat dan Pelaporan.

(Ketua Kursus) Lapor kekuatan di pentas utama. Duduk Dewan, duduk senang.

Ketua Kursus lapor kepada Pengarah dan kembali kembali ketempat asal. Beri arahan untuk duduk senang.

5 Alu-aluan Pengacara Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berusaha Ketua Unit SPPK Pejabat Pelajaran Daerah Rompin, Mejor KRS Azmi bin ............. Yang Berusaha Penyelia Kanan KRS Negeri Pahang, Mejar KRS Hashim bin Abdul Rahim

Yang Berusaha Penolong Pegawai Tadbir TKRS Negeri Pahang, Mejar KRS Mohd Yassin bin Abdul Majid

Jurulatih-jurulatih KRS Negeri

dan seterusnya peserta-peserta kursus sekalian.

Tuan-tuan, puan-puan serta peserta kursus sekelian, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Mejar KRS Zamri bin Salleh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

6 Bacaan Doa (Ketua Kursus) Dewan, duduk sedia. Up.

(Bacaan doa)

Page 5: Modul Teks Pengacara Majlis

Down. Dewan, duduk senang.

Majlis merakamkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah perkenan dan izinNya, kita dapat berkumpul bagi menjayakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Istiadat & Protokol Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007

7 Penyampaian Sijil Penghargaan, Sijil Penyertaan/Watikah Perlantikan dan Hadiah.

Untuk makluman Tuan, kursus ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 12 sehingga 14 Nov 2007.Sepanjang tempoh berkursus, peserta-peserta kursus telah didedahkan dengan sebahagian daripada perlembagaan, kurikulum, tatacara pemakaian dan pengurusan TKRS di setiap peringkat; termasuklah latihan kawat terima sijil

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis seterusnya adalah penyampaian Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan kepada peserta-peserta.

Untuk itu, majlis dengan segala takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Ketua Unit SPPK Pejabat Pelajaran Daerah Rompin, Mejor KRS Azmi bin ............. diiringi oleh Pen Peg Tadbir TKRS Negeri Pahang Mejar KRS Mohd Yassin bin Abdul Majid untuk menyampaikan Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan. Dipersilakan Tuan.

Berikut adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada para Jurulatih KRS Negeri Dijemput wakil Jurulatih KRS Negeri, Kapten KRS Rosikin bin Saidon

Seterusnya penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta-peserta kursus. Mendahului senarai penerima sijil, Tuan...........................................................Dan mengakhiri senarai penerima sijil, Tuan.....................................................

Begitulah tamatnya majlis penyampaian Sijil Penyertaan kepada peserta-peserta Kursus Istiadat & Protokol TKRS Peringkat Negeri

Rujuk senarai nama peserta kursus.

Sekiranya ada

Page 6: Modul Teks Pengacara Majlis

Pahang tahun 2007ini.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Ketua Unit SPPK Pejabat Pelajaran Daerah Rompin, Mejor KRS Azmi bin ............. di atas kesudian menyampaikan sijil-sijil itu tadi.

pertandingan dan hadiah.

8 Ucapan Perasmian Penutup oleh Yang Hormat Pengarah KRS Negeri Pahang, Dato’ Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib.

Seterusnya majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Penolong Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Left. Konel Amir Mohammad bin Abu Bakar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Istiadat dan Protokol TKRS Peringkat Negeri Pahang bagi Tahun 2007Dipersilakan.

(Ucapan Perasmian Penutup)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Penolong Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Left. Konel Amir Mohammad bin Abu Bakar atas ucapan beliau itu tadi.

Dengan itu, sempurnalah Majlis Perasmian Penutup Kursus Istiadat & Protokol TKRS Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 pada hari ini.

9 Penyampaian Cenderahati.

Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Yang Berusaha Ketua Jurulatih TKRS Negri Pahang, Mejar KRS Mohd Yassin bin Abd Majid untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Penolong Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Left. Konel Amir Mohammad bin Abu Bakar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Penolong Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Left. Konel Amir Mohammad bin Abu Bakar dan Yang Berusaha Ketua Jurulatih TKRS Negeri Pahang, Mejar KRS Mohd Yassin bin Abd Majid.

10 Pelaporan dan Menerima Tabik Hormat.

Yang Berbahagia Tuan, tuan-tuan, puan-puan dan peserta kursus sekelian,Dengan penyampaian cenderahati itu tadi, maka berakhirlah majlis ini dan Kursus Istiadat & Protokol TKRS Peringkat Negeri Pahang Tahun

Page 7: Modul Teks Pengacara Majlis

2007 ini.

(Ketua Kursus) Dewan, dewan sedia. Hormat, hormat kehadapan hormat. Lapor minta kebenaran menjalankan tugas yang lain. Terima kasih Dato’.

Pengacara ambil semula selepas ucapan terima kasih daripada Ketua Kursus.

11

12

13

Para jemputan bergerak keluar dewan.

Peserta kursus bergerak keluar dewan.

Jamuan.

Majlis dengan segala takzimnya menjemput Yang Berbahagia Penolong Pengarah Kadet Remaja Sekolah Negeri Pahang, Left. Konel Amir Mohammad bin Abu Bakar diiringi oleh Yang Berusaha Ketua Jurulatih TKRS Negeri Pahang, Mejar KRS Mohd Yassin bin Abd Majid, para pegawai Jabatan Pelajaran Negeri, para Jurulatih KRS Negeri dan semua peserta kursus untuk menikmati jamuan tengahari.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

14 Bersurai. Dengan ini, berakhirlah aturcara majlis pada hari ini.

Akhir kata dari kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat bagi mengurus dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan segala kesilapan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Sekian.

Wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Fail Mej KRS Ropizalhazri/Pegawai Istiadat Negeri Pahang