23
INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN KEMAHIRAN BELAJAR (KERJA KURSUS PENDEK) KURSUS : PPISMP (JUL. 2007 – DIS. 2012) SEMESTER : 2 OPSYEN : RBT/BI/BM (KUMPULAN 2) NAMA : MOHAMAD SUFIYAN BIN SAMSUDIN I/C NOMBOR : 900316-01-6417 PENSYARAH : ENCIK HUSIN BIN YAAKOB T. SERAHAN : 21 MAC 2008

MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN

KEMAHIRAN BELAJAR(KERJA KURSUS PENDEK)

KURSUS : PPISMP (JUL. 2007 – DIS. 2012)

SEMESTER : 2

OPSYEN : RBT/BI/BM (KUMPULAN 2)

NAMA : MOHAMAD SUFIYAN BIN SAMSUDIN

I/C NOMBOR : 900316-01-6417

PENSYARAH : ENCIK HUSIN BIN YAAKOB

T. SERAHAN : 21 MAC 2008

Page 2: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Sebab-Sebab Berkemungkinan

Berlakunya Masalah Pengkid.

Page 3: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Pengkid adalah bahasa slanga di negara kita Malaysia yang

membawa makna seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki

dengan berambut pendek, agak kasar kelakuannya. Dalam erti kata

yang lebih mudah, mereka adalah kumpulan wanita yang ingin

menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka telah

dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana

memikirkan mereka adalah wanita. Mereka mengetepikan segala ciri-

ciri kewanitaan mereka dan sanggup mengikat payu dara mereka

agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang tulen. Apakah

punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup

menghadapi sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi

seorang ‘lelaki’.

Setelah kami membuat kajian, saya mendapati bahawa

punca berlaku masalah ini dapat dikategorikan kepada tiga

bahagian iaitu diri sendiri, keluarga atau masyarakat dan akhir

sekali ialah nagara.

Page 4: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

1. Diri sendiri.

Pada peringkat ini, saya mendapati bahawa seorang pengkid

menghadapi masalah kekeliruan mengenai jantina mereka. Mereka

menolak fitrah mereka sebagai wanita. Mereka berasa kewujudan

mereka sebagai wanita adalah satu kesilapan yang besar. Mereka

tidak yakin pada diri sendiri. Mereka menganggap diri mereka adalah

seorang lelaki walaupun berjantina wanita.

Dalam kekeliruan itu, mereka mula memakai pakaian lelaki

demi menunjukkan ‘kelelakian’ mereka. Hal ini hanya akan berlaku

jika dan hanya jika mereka tidak mempunyai pengetahuan yang

mendalam tentang agama Islam. Di dalam syariah Islam, adalah

haram bagi seorang lelaki cuba menyerupai wanita dan sebaliknya.

Hal ini dapat dijelaskan dengan petikan daripada kitab Sahih al-

Bukhari iaitu "ALLAH melaknat lelaki yang cuba menyerupai

wanita dan wanita yang cuba menyerupai lelaki (riwayat al-

Bukhari)". Mereka telah mengetepikan ajaran Islam dan perintah

Allah. Mereka tidak menghiraukan mengenai dosa, perkara yang

halal dilakukan atau haram. Mereka melanggar semua perintah

Allah. Ini kerana hubungan sejenis adalah haram disisi Islam.

Pengharamannya adalah jelas melalui kitab Allah iaitu Al-Quran

melalui kisah kaum Nabi LUTH dimana perkampungan mereka

(Bandar Sodom) telah diterbalikkan oleh Allah kerana mereka

mengamalkan hubungan sejenis walaupun telah dilarang berkali-kali.

Page 5: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Di dalam Islam telah diterangkan bahawa manusia adalah

ciptaan Allah yang terbaik, tetapi boleh menjadi lebih hina

berbanding binatang apabila membiarkan akal dikawal oleh hawa

nafsu. Golongan Pengkid bertindak berdasarkan nafsu. Mereka

mengutamakan kepuasan nafsu mereka berbanding tuntutan dan

perintah agama. Sebagai contoh mereka sanggup membelakangkan

agama dan menanggung kesakitan iaitu mengikat payu dara dengan

ketat agar dapat mencari ‘teman wanita’. Mereka juga sanggup

mencuri wang daripada keluarga untuk diberikan kepada ‘teman

wanita’ mereka sebagai lambang percintaan mereka. Mereka

melakukan semua ini hanya untuk memuaskan nafsu mereka.

Walaupun mereka mempunyai akal tetapi akal mereka dikawal oleh

nafsu. Oleh itu, mereka sanggup melakukan sebarang perkara untuk

memuaskan nafsu kerana akal mereka telah dikuasai nafsu.

Natijahnya, golongan manusia yang terkeliru dengan jantina,

tidak mempunyai pengetahuan agama yang mantap, dan bertuankan

hawa nafsu bukannya akal, adalah golongan manusia yang

berkemungkinan menjadi pengkid.

Page 6: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

2. Keluarga atau masyarakat.

Dalam konteks keluarga pula, merupakan antara faktor

penyumbang berlakunya gejala ini. Ini kerana terdapat keluarga yang

berpendapatan rendah akan membelikan anak perempuannya baju

kanak-kanak lelaki. Ini kerana baju kanak-kanak lelaki lebih murah

berbanding baju perempuan. Apabila anak itu dididik seperti seorang

lelaki sejak kecil lagi, inilah yang mengakibatkan kekeliruan jantina

kerana mereka telah selesa menjadi seorang ‘lelaki’ berbanding

wanita. Mereka juga telah hilang sifat-sifat kewanitaan sejak kecil

lagi.

Selain daripada itu, terdapat juga jenis keluarga yang amat

mengharapkan anak mereka adalah lelaki. Mereka membeli

permainan, pakaian, dan segala barang keperluan untuk bayi lelaki.

Apabila bayi yang lahir itu bayi perempuan, mereka tetap

menggunakannya barangan yang telah disediakan itu. Secara tidak

langsung mereka telah mendidik anak perempuan mereka untuk

menjadi seorang lelaki.

Masyarakat pula mengakibatkan masalah ini semakin sukar

untuk dibendung. Manusia merupakan makhluk yang lemah dan

saling memerlukan antara satu sama lain untuk hidup dengan selesa.

Ini bermakna manusia perlu hidup dalam komuniti tersendiri. Dalam

hal ini, masalah pengkid ini hanya timbul apabila segolongan pengkid

di dalam satu masyarakat. Ini kerana jika seorang pengkid itu keluar

mencari pasangan untuk memuaskan nafsunya, tetapi tiada seorang

Page 7: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

pun yang sanggup melayannya. Lama-kelamaan dia akan berasa

bosan, terpencil, dan mungkin dia akan kembali kepada fitrah.

Tetapi jika terdapat walau seorang yang melayannya, maka dia

akan menjadi lebih berani untuk melakukan pelbagai perkara yang

lain. Selain daripada itu, dia akan menjadi satu contoh yang tidak

baik kepada pengkid lain yang selama ini hanya memendamkan

perasaannya di dalam hati. Pengkid yang lain akan mula

menunjukkan perasaan sebenar mereka kerana mereka telah

berjumpa dengan golongan mereka dan mengetahui kepada siapa

nafsu mereka boleh disalurkan.

Dengan itu, mereka memperoleh pengalaman keseronokan.

Pengalaman yang menyeronokkan ini telah membuatkan akal

mereka menjadi buta kepada perkara yang hak dan batil. Ditambah

dengan sikap masyarakat yang mengamalkan ‘enau dalam belukar,

melepaskan pucuk masing-masing’, mereka akan terus hanyut dan

hidup bergelumang dengan dosa selagi mereka tidak kembali kepada

fitrah dan jalan Allah. Mereka berasa aman kerana walaupun

perbuatan mereka akan menarik perhatian orang ramai, tetapi tidak

pernah ditegur. Mereka bermaharajalela untuk melakukan apa-apa

sahaja kerana masyarakat hanya mementingkan dirinya sahaja.

Page 8: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

3. Negara.

Negara juga menjadi sebagai punca yang menyumbang

kepada masalah ini. Di negara ini, bahan-bahan lucah amat mudah

untuk didapati sehingga pelajar sekolah juga boleh membelinya

dengan harga yang murah. Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh

memilikinya asalkan anda mempunyai wang. Ini merupakan sebab

utama kepada segala masalah sosial yang berlaku di Malaysia.

Pengkid yang menonton filem lucah akan terangsang dan secara

tidak langsung terdesak mencari pasangan untuk melepaskan nafsu

mereka.

Ditambah dengan internet, dunia tanpa sempadan menjadikan

lebih mudah untuk mendapatkan bahan lucah. Ketidakmampuan

kerajaan untuk mencari dan menyekat laman web lucah daripada

dilayari juga menjadi sebab kepada masalah sosial. Mereka hanya

perlu menaip hanya beberapa perkataan, kemudian dapat menonton

filem-filem lucah.

Kesimpulannya, semua pihak harus bertanggung jawab dalam

masalah ini kerana mereka menyumbang kepada penyebaran

masalah ini.

Page 9: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Punca-punca kemungkinan masalah.

MASYARAKAT

NEGARA

DIRI

PENGKID

kekeliruan jantina.urang pengetahuan agama.bertindak mengikut hawa nafsu.

asuhan keluarga.golongan pengkid pada tempat yang sama.masyarakat yang tidak peduli.

penyebaran bahan lucah secara berleluasa.kewujudan internet.

Page 10: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Sebab Sebenar Berlakunya Masalah

Pengkid

Page 11: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Gejala pengkid semakin menular di negara kita, Malaysia.

Dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 10 000 orang pengkid di

seluruh Malaysia. Daripada jumlah itu, sebanyak 80 peratus

merupakan pengkid yang berketurunan Melayu sementara bakinya

daripada bangsa-bangsa lain. Lebih mengejutkan lagi 80 peratus

daripada bangsa Melayu itu terdiri daripada pelajar sama ada pelajar

sekolah mahupun mahasiswi yang sedang menuntut di Institusi

Pengajian Tinggi (IPT). Persoalannya di sini, apakah puncanya para

pelajar ini menjadi seorang pengkid?

Terdapat ramai tokoh terkemuka negara telah menyuarakan

pendapat mereka apabila disoal mengenai masalah pengkid yang

melanda negara kita baru-baru ini. Berikut dinyatakan beberapa

pendapat mengenai punca yang menjadikan masalah ini berlaku.

"ALLAH melaknat lelaki yang cuba menyerupai wanita dan

wanita yang cuba menyerupai lelaki (riwayat al-Bukhari)," jelas

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Beliau mengeluarkan

kenyataan ini semasa ditemu bual oleh Dewan Masyarakat bagi

mengupas masalah golongan pengkid ini.

Dengan ini jelaslah bahawa sebenarnya golongan pengkid

merupakan golongan manusia yang kurang pengetahuan atau

didikan mengenai agama islam. Kenyataan ini adalah berdasarkan

peratusan pengkid dimana sebanyak 80 peratus daripada pengkid

adalah daripada bangsa Melayu yang beragama islam. Agama

Page 12: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

islam merupakan satu agama yang syumul, iaitu lengkap untuk

sepanjang zaman. Segala masalah yang berlaku pada hari ini

sebenarnya telah diterangkan oleh Allah melalui Al-Quran dan Al-

Sunah. Apabila pengetahuan agama kita tidak mantap, maka

mudahlah bagi syaitan untuk menggoda dan menghasut kita

supaya melakukan kemungkaran. Oleh itu, tanpa pengetahuan

agama yang mendalam, kita menjadi lebih mudah untuk terjebak

dengan berbagai-bagai masalah sosial.

Beliau juga mengatakan bahawa perkara-perkara negatif juga

boleh disebabkan oleh pengalaman yang menyeronokkan. Apabila

seseorang merasakan seronok melakukan perkara negatif itu,

maka dia boleh menjadi ketagih untuk terus mengulangi

perlakuannya itu. Dia akan menjadi alpa dengan asal-usul dirinya

serta melupakan cara untuk mendapatkan keseronokan secara

halal.

Menurut beliau, kekeliruan dan kecelaruan perasaan juga

merupakan faktor kepada masalah ini. "Jika mereka

berpendapat kecelaruan perasaan itu kadang kala sesuatu yang

normal mungkin boleh diterima. Namun jika aktiviti kecelaruan itu

dikatakan sesuatu yang normal, hal ini tidak dapat diterima,"

tegasnya. Namun begitu, kekeliruan ini perlu dibendung pada

peringkat awal kerana semakin lama dibiarkan ia akan menjadi

lebih sukar untuk diatasi dan boleh merosakkan seseorang.

Page 13: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

"Istilah pengkid dalam bahasa Melayu merujuk kepada

perlakuan seks homoseksualiti dalam kalangan remaja perempuan atau

lazimnya disebut lesbian (bahasa Inggeris) dalam kalangan wanita

devvasa. Homoseksualiti yang melibatkan perempuan (pengkid dan

lesbian) dikatakan ‘wujud dalam kekaburan' dan bergerak dalam

senyap. Isu ini masih dianggap 'rahsia terbuka' yang malu

dibincangkan secara terbuka," kata Profesor Madya Mohd. Makzan

Musa dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Universiti Utara Malaysia.

Menurutnya pola perlakuan seksual manusia mengikut disiplin

psikologi Barat diperjelaskan dengan konsep orientasi seksual dalam

tiga kategori iaitu heteroseksual (hubungan lelaki dengan wanita),

homoseksual (hubungan sejenis sama ada lelaki atau wanita), dan

biseksual (hubungan dengan lelaki dan wanita). Beliau mengatakan

bahawa homoseksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keluarga

yang mempengaruhi perkembangan psikoseksual individu.

Perkembangan orientasi seksual bermula pada usia muda dan

orientasi seksual bukannya satu pilihan. Terdapat andaian bahawa

'jatuh berahi' wujud secara semula jadi. Keadaan ini juga berlaku dalam

kalangan lesbian dan gay.

Beliau mengatakan tarikan homoseksual adalah pengalaman

biopsikososial yang berlaku dalam diri secara senyap tetap bersifat

dinamik. Pembentukan identity homoseksual berlaku mengikut

beberapa tahap kekeliruan iaitu perbandingan identity, toleransi

identity, penerimaan identity, dan sintesis identity.

Page 14: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Homoseksualiti berlaku disebabkan oleh masalah didikan,

hubungan dan layanan antara ibu bapa dengan anak pada masa

kecil, pengaruh rakan sebaya, persahabatan yang terlalu rapat

sesama jantina yang dikaburi dengan nama "kawan rapat", "adik

angkat", serta "kakak angkat" yang dirujuk sebagai antara faktor

nurture. Homoseksualiti dipercayai bermula pada peringkat sekolah

berasrama, pusat pengajian tinggi, dan terus diamalkan semasa

bekerja.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Teknologi, Universiti Malaya,

Profesor Datuk Dr. Zainal Kling pula mengatakan bahawa masalah

pengkid ini adalah disebabkan oleh mereka terperangkap dalam

proses urbanisasi dan globalisasi yang mengamalkan dasar langit

terbuka. Menurut beliau dasar langit terbuka ini tidak menyediakan

sebarang ‘perlindungan’ moral dan agama. Walaupun pendidikan

agama telah diberi sejak sekolah rendah tetapi ia terlalu asas tidak

mampu menahan serangan daripada luar.

Selain daripada itu, dasar langit terbuka juga menyebabkan

banyak maklumat diperoleh termasuk tayangan filem asing yang

banyak ‘bermain dengan nafsu’. Filem komersial yang mengandungi

unsur kelucahan secara halus amat mempengaruhi pembentukan

akhlak penonton. Mereka yang rapuh iman dan kurang penghayatan

dalam agama amat mudah dipengaruhi oleh anasir asing yang jahat

tersebut.

Page 15: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Beliau juga mengatakan bahawa golongan pengkid ini terbawa-

bawa dengan pengaruh gerakan kebebasan hak manusia sedunia

yang menggalakkan hubungan homoseksual. Gerakan ini dipelopori

oleh negara Eropah, Australia, dan Singapura. Bagi rakyat negara

tersebut, budaya homoseksual tidak lagi dianggap sebagai satu

kesalahan (jenayah). Gerakan ini mendakwa bahawa mereka bebas

melakukan apa sahaja keinginan nafsu mereka tanpa sebarang

sekatan. Inilah yang menyebabkan golongan pengkid di negara kita

berani melakukan aksi panas mereka dikhalayak ramai walaupun

mereka menyedari terdapat banyak mata memandang mereka.

Perkara ini adalah tidak relevan kerana semua bangsa dan

agama di dunia ini mengutuk sekeras-kerasnya sistem perkahwinan

dan perhubungan sesama jantina kerana ia akan menghancurkan

keturunan manusia pada masa hadapan. Gerakan ini merupakan

kumpulan manusia yang melepaskan diri daripada tanggungjawab

terhadap agama dan bergerak hanya untuk memuaskan nafsu

serakah semata-mata.

Kesimpulannya, sekiranya mereka mempunyai pengetahuan

agama yang mendalam, menerima asuhan keluarga dengan baik,

tidak terkeliru dengan jantina, mempunyai jati diri yang kuat, tidak

terpengaruh dengan rakan lain dan persekitaran serta sentiasa

menggunakan akal untuk berfikir, masalah pengkid ini tidak akan

berlaku di negara kita.

Page 16: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Sebab Berlakunya Masalah Pengkid(Pengurusan Grafik)

Page 17: MASALAH SOSIAL DI MALAYSIA

Masalah pengkid adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Sebagai contoh, asuhan keluarga yang tersilap akan membuatkan

seseorang terkeliru dengan jantinanya. Rajah di bawah menunjukkan

punca berlakunya masalah pengkid ini.

Terkeliru

dengan jantina

Asuhan keluarga

Kurang didikan

agama

Tidak mempunyai jati

diri yang kukuh.(Mudah

terpengaruh) Punca masalah pengkid