5
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHSON SESI 2011/2012 PENDAHULUAN Hasil kerjasama ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39, Alhamdulillah aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan aktif dan lancar sepanjang tempoh perkhidmatan 2011/2012. Asas dasar yang dibuat pada awal perkhidmatan telah dipraktikkan oleh semua ahli jawatankuasa antaranya: 1. Bekerja berkumpulan dengan semangat setiakawan, terbuka dan ikhlas. 2. Aktiviti berdasarkan idea yang praktik mesti mampu menarik minat ibu bapa mendekati sekolah dan apat menghubungkan ibu bapa – murid – guru, yang mana murid menjadi penghubung dan sekolah menjadi lapang interaksi. 3. Setiap aktivit yang dirancang oleh PIBG seboleh-bolehnya mencari sumber kewangan sendiri. 4. Menambah ahli PIBG yang aktif supaya dapat menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan. 5. Dasar aktiviti hendaklah dengan tujuan sebagai pelengkap, tambahan dan tidak bertidih dengan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON 1. MESYUARAT AJK PIBG Bagi merancang dan melaksanakan dan menjayakan program sepanjang tahun PIBG dan sekolah, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali bagi sesi 2011/2012 iaitu pada 20 April 2011, 25 Ogos 2011 dan 11 Januari 2012 .Manakala mesyuarat khas diadakan sekali pada 23 Mac 2012 bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Kali Ke- 40.

Laporan Aktiviti Tahunan Pibg 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laproran

Citation preview

Page 1: Laporan Aktiviti Tahunan Pibg 2012

LAPORAN AKTIVITI TAHUNANPERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHSONSESI 2011/2012

PENDAHULUANHasil kerjasama ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39, Alhamdulillah aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan aktif dan lancar sepanjang tempoh perkhidmatan 2011/2012. Asas dasar yang dibuat pada awal perkhidmatan telah dipraktikkan oleh semua ahli jawatankuasa antaranya:

1. Bekerja berkumpulan dengan semangat setiakawan, terbuka dan ikhlas.2. Aktiviti berdasarkan idea yang praktik mesti mampu menarik minat ibu bapa mendekati sekolah

dan apat menghubungkan ibu bapa – murid – guru, yang mana murid menjadi penghubung dan sekolah menjadi lapang interaksi.

3. Setiap aktivit yang dirancang oleh PIBG seboleh-bolehnya mencari sumber kewangan sendiri.4. Menambah ahli PIBG yang aktif supaya dapat menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan.5. Dasar aktiviti hendaklah dengan tujuan sebagai pelengkap, tambahan dan tidak bertidih dengan

aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

AKTIVITI TAHUNANPERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LB JOHNSON

1. MESYUARAT AJK PIBGBagi merancang dan melaksanakan dan menjayakan program sepanjang tahun PIBG dan sekolah, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali bagi sesi 2011/2012 iaitu pada 20 April 2011, 25 Ogos 2011 dan 11 Januari 2012 .Manakala mesyuarat khas diadakan sekali pada 23 Mac 2012 bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Kali Ke-40.

2. PROGAM KECEMERLANGAN UPSR 2011Bagi membantu kecemerlangan murid-murid dalam peperiksaan UPSR dan mecapai sasaran sekolah, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah merancang dan melaksanakan pelbagai program peningkatan UPSR khususnya yang melibatkan penguasaan para pelajar menguasai kemahiran dan pengetahuan mata pelajaran UPSR dan teknik menjawab soalan UPSR bermula bulan Februari 2011. Antara program kecemerlangan UPSR yang dilaksanakan sepanjang tahun 2011:

i. Kelas Bimbingan Selepas Waktu persekolahan ( Isnin hingga Khamis)ii. Kelas Hujung Minggu (setiap Sabtu)iii. Kelas Cuti Terancang (setiap kali cuti penggal – 3 siri)iv. Bengkel Teknik Menjawab Soalanv. Motivasi Kerohanianvi. Latih tubi Menjawab Soalan vii. Pogram Minum pagi Bersama Guru Besarviii. Penghargaan Murid Cemerlang & Potensi Ujian/peperiksaanix. Program Bacaan Yasin pada setiap pagi Jumaatx. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

3. SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH

Page 2: Laporan Aktiviti Tahunan Pibg 2012

Sukan Tahunan Peringkat Sekolah telah diadakan pada bulan Mac 2011. PIBG telah meluluskan peruntukan kewangan melalui Tabung PIBG bagi membantu pihak sekolah menjayakan sukan tahunan tersebut. Ajk PIBG dan ibu bapa turut menyumbangkan tenaga bertugas dalam sukan tahunan tersebut.

4. MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU SK LB JOHNSON Perasmian bangunan baharu SK LB Johnson diadakan pada 31 Mac 2011 oleh YB Dr. Hj. Mohd

Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Bagi menjayakan majlis tersebut, PIBG telah menanggung kos kewangan yang besar dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar. Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa serta komuniti kampung saling berganding bahu menjayakan majlis tersebut

5. SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA PERINGKAT SEKOLAHSambutan Hari dan Pekerja peingkat sekolah diadakan setiap bulan Mei. Sebagai tanda keperihatinan PIBG atas sumbangan dan jasa guru-guru dan para pekerja sekolah, program tersebut telah diletakkan sebagai program Tahunan PIBG bersama sekolah mulai tahun 2010 setelah diluluskan usul tersebut dalam Mesyuarat Agng PIBG Kali Ke-38. Sehubungan dengan itu, PIBG telah meluluskan sejumlah peruntukan kewangan untuk membantu menjayakan majlis tersebut. Namun

6. MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SAMBUTAN HARI RAYAMajlis tersebut telah diadakan pada 28 September 2011. Seramai 26 orang murid yang terlibat dalam Majlis Khatam tersebut. Selepas majlis tersebut, para pelajar dan hadirin menjemu selera dalam majlis sambutan hari raya.

7. PEMBIAYAAN KEBAJIKAN AKTIVITI PERTANDINGAN KOKURIKULUM SEKOLAH PIBG sentiasa prihatin dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang melibatkan para pelajar. Bagi tujuan tersebut sebanyak RM10.00 telah diluluskan melalui Tabung Kebajikan PIBG untuk membiayai setiap pelajar yang mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan di peringkat daerah dan negeri. Bagi pelajar yang berjaya menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan pula, PIBG telah memperuntukkan sumbangan sebanyak RM100.00 bagi setiap pelajar yang terlibat. Sumbangan tersebut hanya diberikan kepada pertandingan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri / Daerah melalui sekolah.

8. PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN 6 SELEPAS UPSRProgram lawatan tersebut bertujuan memberikan peluang kepada pelajar yang berkemampuan dari segi kewangan untuk merehatkan minda selepas peperiksaan UPSR. Bagi tujuan tersebut, pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke negeri Perak selama tiga hari pada 2 hingga 4 November 2011. PIBG turut menyumbangkan sebanyak RM300 bagi membantu kewangan program lawatan tersebut.

9. MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJATMajlis tersebut diadakan di Masjid Kampung LB Johnson pada 8 september 2011. Majlis Bacaan Yasin merupakan antara program UPSR yang telah dirancang setiap tahun. Program tersebut

Page 3: Laporan Aktiviti Tahunan Pibg 2012

mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ibu bapa khususnya penjaga murid-murid tahun 6. Selain sumbangan kewangan ibu bapa dan guru, PIBG turut membantu menampung kos penyediaan makan dan minum kepada ibu bapa, murid-murid dan para jemputan majlis tersebut.

10. PROGRAM TITIPAN IKHWAHProgram ini diadakan pada bulan Ramadhan khas kepada murid-murid yang merupakan anak yatim dan mempunyai latar belakang keluarga yang susah. Sumbangan yang dihulurkan oleh orang ramai disumbangkan untuk membeli pakaian raya dan duit raya kepada murid yang terlibat agar dapat bersama-sama meraikan Aidilfitri dengan gembira.

11. HARI ANUGERAH KECEMERLANGANMajlis tersebut diadakan pada 12 November 2011 bertempat di Dewan SK LB Johnson. Dalam majlis tersebut murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menerima hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka. PIBG telah membiayai kos majlis tersebut melalui Tabung Khas Hari Anugerah Kecemerlangan.

12. PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH Perkhemahan tersebut diadakan pada 23 hingga 25 September 2011 bertempat di padang SK LB Johnson. Peserta yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahap 2. Antara tujuan perkhemahan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta mengaplikasikan ilmu perkhemahan di samping menyemai sikap berdikari.

13. ANUGERAH DAN SAGUHATI KECEMERLANGAN UPSR 2011 Bagi murid-murid yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR 2011, PIBG

telah memperuntukkan sejumlah RM50 bagi manakala sebanyak RM40 kepada murid yang berjaya memperoleh 4A sebagai menghargai kecemerlangan mereka. Di samping, itu mereka turut menerima cenderamata sebagai iringan.

Disediakan oleh, 23 FEBRUARI 2012

( ZAKARIA BIN OMAR )Setiausaha PIBG,SK LB Johnson.