4
KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Terbang rendah burung tempua Hinggap berdua di dahan ara Hidangan di meja sudah tersedia Dijemput tuan menjamu selera Jejaran mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Tanah Jawa Ucapan Aluan pembuka bicara Di dewan Gemilang kita bersua Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Penyampaian hadiah selesai sudah Persembahan pelajar menyusul pula Membawa dulang beralas sutera Berisi hadiah buat pemenang Terengganu dijulang semangat membara Muga bertuah hatipun senang Cincin suasa tersemat di tangan Hiasan tersohor dato Bahaman Peserta ASAT sentiasa berangan Menjulang kemenangan Terengganu Idaman Majlis ASAT dirai bersama Kemenangan diidam menjelma lagi Akhir di sini noktah bersama Di lain masa bersua kembali Terbang helang di hujung salang, Hinggap berdua di dahan sena Guru cemerlang negara terbilang Menjunjung setia seiring tema Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Bingkisan perutusan selesai sudah Persembahan pelajar menyusul pula Adat nan baharu berubah-ubah Adat manusia mengandung salah Keputusan permainan diketahui sudah Ada menang ada yang kalah. Rotan melilit tepian pokok Rimbun sebelah pohon seraya Katakan tak nak pada rokok Ia pemusnah mengundang bahaya Rotan melilit tepian pokok Rimbun sebelah pohon seraya Katakan tak nak pada rokok Ia pemusnah mengundang bahaya Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melati Guru Pembina Negara Bangsa Menabur ilmu berkhidmat bakti Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Bingkisan pengetua selesai sudah Persembahan pelajar menyusul pula Bersongkok sampin segak bergaya Berbaju kurung anggun jelita Majlis selamat hari raya Tangan dihulur maaf dipinta Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra Bersongkok sampin segak bergaya Berbaju kurung anggun jelita Majlis selamat hari raya Tangan dihulur maaf dipinta Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra Lemang dihidang enak rasanya Nasi dagang pilihan kita Bingkisan kata bingkisan raya Tuan pengetua bermadah kata Nasi beriyani menu utama Lontong dan soto tidak dilupa Kek dan biskut tersedia di meja Apa lagi jom jamu selera Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Sambil berbual nikmati juadah Persembahan pelajar ceria acara Terbang rendah burung tempua Hinggap berdua di dahan ara Hidangan di meja sudah tersedia Dijemput tuan menjamu selera

Koleksi Pantun Pengacara Majlis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Koleksi Pantun Pengacara Majlis

KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLISKOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS

Sirih berlipat sirih pinangSirih dari Pulau MutiaraPemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicara

Terbang rendah burung tempuaHinggap berdua di dahan araHidangan di meja sudah tersediaDijemput tuan menjamu selera

Jejaran mengkudu berbias kesumaDi celah angsana di Tanah JawaUcapan Aluan pembuka bicaraDi dewan Gemilang kita bersua

Pergi berhuma di Tanjung RokanSebelum pulang mengail ikanKehadiran tuan-puan kami alu-alukanKecil telapak tangan nyiru kami tadahkan

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaPenyampaian hadiah selesai sudahPersembahan pelajar menyusul pula

Membawa dulang beralas suteraBerisi hadiah buat pemenangTerengganu dijulang semangat membaraMuga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tanganHiasan tersohor dato BahamanPeserta ASAT sentiasa beranganMenjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersamaKemenangan diidam menjelma lagi Akhir di sini noktah bersamaDi lain masa bersua kembali

Terbang helang di hujung salang,Hinggap berdua di dahan senaGuru cemerlang negara terbilangMenjunjung setia seiring tema

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisa

Bingkisan perutusan selesai sudahPersembahan pelajar menyusul pula

Adat nan baharu berubah-ubahAdat manusia mengandung salahKeputusan permainan diketahui sudahAda menang ada yang kalah.

Rotan melilit tepian pokokRimbun sebelah pohon serayaKatakan tak nak pada rokokIa pemusnah mengundang bahaya

Rotan melilit tepian pokokRimbun sebelah pohon serayaKatakan tak nak pada rokokIa pemusnah mengundang bahaya

Selasih mekar di tengah desaMencelah sama kembang melatiGuru Pembina Negara BangsaMenabur ilmu berkhidmat bakti

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaBingkisan pengetua selesai sudahPersembahan pelajar menyusul pula

Bersongkok sampin segak bergayaBerbaju kurung anggun jelitaMajlis selamat hari rayaTangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

Bersongkok sampin segak bergayaBerbaju kurung anggun jelitaMajlis selamat hari rayaTangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

Lemang dihidang enak rasanyaNasi dagang pilihan kitaBingkisan kata bingkisan raya

Page 2: Koleksi Pantun Pengacara Majlis

Tuan pengetua bermadah kata

Nasi beriyani menu utamaLontong dan soto tidak dilupaKek dan biskut tersedia di mejaApa lagi jom jamu selera

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaSambil berbual nikmati juadahPersembahan pelajar ceria acara

Terbang rendah burung tempuaHinggap berdua di dahan araHidangan di meja sudah tersediaDijemput tuan menjamu selera

Akar keladi melilit selasihSelasih tumbuh tepi jambanganKalungan budi junjungan kasihMesra kenangan sepanjang zaman.

Selasih mekar di tengah desaMencelah sama kembang melatiSatu Malaysia Satu BangsaPerpaduan disemai demi pertiwi

Mawar di taman mekar nan indahHarum mewangi dirumpun seraiTerukir senyuman pembuka kalimahSelamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetraiUsik si dara dititip kalamDatang bersambut tuan diraiPermaisuri NurZahirah menguntum salam

Terbang helang di hujung salang,Hinggap berdua di dahan araPencetus wawasan pemangkin gemilangBernaung khidmat tuan pengetua

Batu feringgi pantainya indahRamai pelancong ke Bukit BenderaMajlis kita selesai sudahKita ke acara menjamu selera

Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Daun semulur di pekan sari,

Batang jerami rebah ke bumi,

Ucapan guru besar dinanti-nanti,

Membuat majlis bertambah seri.

Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi;Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

“ DiTatang-Tatang kiri ke kanan,DiSirat-Sirat DiSeret ke Depan. Selamat Datang Tuan Dan Puan,Ke Mesyuarat Bakerp kali ke-9.”

“ Bentuk Intan Menggunakan acuan,Takut acuan Terbelah Dua. Untuk menyampaikan Ucapan Aluan,Di Jemput Tuan Yang DiPertua”

Pergi menimba Telaga di Hulu, Tidakkan ikan melarat ke muara. Kini tibalah masa ditunggu, Ucapan Perasmian mesyuarat kita

Tidak sempurna kata tanpa bicaraTiada sempurna bicara tanpa bahasaTiada sempurna perjalanan majlis kitajikalau tiada ucapan dari Tuan Pengetua.

Anak buaya terrenang-renangAnak kunci dalam perahuHanya saya terkenang-kenangOrang benci saya tak tahu

Page 3: Koleksi Pantun Pengacara Majlis

bulan mengambang bintang berkelipanpungguk merindu amat merawanandai menyinggung juga melukakan kupohon maaf darimu kawan

puteri bersiram tepi perigimencedok air berhati-hatiizinkan hamba berlalu pergijangan ada dendam di hati

Orang kaya banyak berharta Ke Sumatra setiap tahun Bismillah saya membuka kata Berseni sastra membuat pantun 

Dari Daik pulang ke DaikSehari-hari berkebun pisangBudi baik dibalas baikDalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi tuan saya tak lupaSudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi baik rasa nak junjung

Jentayu burung jentayuHinggap di balik pokok mayangBunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah AcehSinggah dulu di kota DeliJika hendak orang mengasihHendaklah baik bicara budi

Tuan puteri pergi ke RasahPulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisahDiizin Tuhan bersua lagi

Hari ini menugal jagungHari esok menugal jelaiHari ini kita berkampungHari esok kita bercerai

Batang selasih permainan budakBerdaun sehelai dimakan kudaBercerai kasih bertalak tidakSeribu tahun kembali juga

Orang Aceh sedang sembahyangHari Jumaat tengah hariPergilah kasih pergilah sayangPandai-pandailah menjaga diri

Mana Manggung, mana PeriamanMana batu kiliran tajiTinggal kampung tinggal halamanTinggal tepian tempat mandi

Bintang Barat terbit petangBintang Timur terbit pagiJika tidak melarat panjangAda umur ketemu lagi

Dari mana hendak ke manaTinggi ruput dari padiTahun mana bulan manaDapat kita berjumpa lagi?

Dian tiga lilin pun tigaTanglung tergantung rumah laksamanaDiam juga sabar pun jugaAda umur tidak ke mana

Tuan puteri pergi ke RasahPulang semula sebelah pagiKita bertemu akhirnya berpisahDiizin Tuhan bersua lagi

Dari Melaka ke Tanjung Tuan,Singgah bermalam di rumah Cik Siti;Bila kunampak muka tuan,Rasa besar di dalam hati.

Kampung Dermawan di Pulau Ara Mari singgah menjengkal rotan

Page 4: Koleksi Pantun Pengacara Majlis

Walau puan akan bersara Budi dan jasa kekal di ingatan

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Buah selasih buah kelubidi dalam dulang hidangan pagiTerima kasih daun keladiBila diundang datanglah lagi.

Burung tempua hinggap merataSayang Merbah di pohon cemaraAssalamualaikum mulanya kataAwal BismilLah pembuka bicara.

Negeri Sarawak aman sentosa,Pendidikan Gemilang Misi Utama,Dengan tiada melengahkan masaKita mulakan atucara pertama,

Budak-budak bermain galahBermain galah di tepian gelanggang

Ada yang menang ada yang kalah Itulah dia adat pertandingan.

Kalau pergi ke Kg KeramatJanganlah lupa membeli tongkatBersama Kita memohob rahmatMoga majlis mendapat berkat.

Pergi ke laut menangkap ikanMembawa pulang si ikan tenggiriiKehadiran semua amat dialukan

Moga Majlis bertambah seri.

Tenung benang menjadi sariDi atas papan batang jeramiKepada tuan sembah diberiMohon rasmikan majlis kami

Wahai pelajar jauhilah dadahJanganlah cuba walau sekaliMajlis penutupan selesailah sudahJumpa lagi di lain kali.