6
KERTAS KERJA PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1 DAN 2 2010 TARIKH : JANUARI FEBRUARI 2010 HARI : ISNIN - KHAMIS TEMPAT : DEWAN IBNU SINA SMKSA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SULTAN ABDULLAH 36600 CHENDERONG BALAI PERAK DARUL RIDZUAN KERTAS KERJA PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 2010

Kertas Kerja Kemahiran Belajar

  • Upload
    zurs

  • View
    1.276

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja Kemahiran Belajar

KERTAS KERJA

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJARTINGKATAN 1 DAN 2

2010

TARIKH : JANUARI – FEBRUARI 2010HARI : ISNIN - KHAMIS

TEMPAT : DEWAN IBNU SINA SMKSA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSMK SULTAN ABDULLAH

36600 CHENDERONG BALAIPERAK DARUL RIDZUAN

Page 2: Kertas Kerja Kemahiran Belajar

KERTAS KERJA PROGRAM KEMAHIRAN BELAJARTINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2

2010

1.0 PendahuluanKecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut, kerajinan dan usaha yang gigih perlu diiringi dengan teknik kemahiran belajar yang baik dan berkesan. Dengan pengamalan teknik belajar yang berkesan, pelajar dapat menggunakan tenaga dan masa yang minimum tetapi memberikan hasil yang maksimum. Justeru itu, adalah penting untuk pelajar, khasnya pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua diberikan pendedahan mengenai kemahiran dan teknik belajar yang berkesan bersama dengan kemahiran pengurusan masa yang baik bagi memantapkan minda mereka dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

2.0 MatlamatUntuk melahirkan pelajar yang dapat menggunakan kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik belajar yang betul dan berkesan disamping pengurusan masa yang baik, agar tujuan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi akademik bagi mencapai kecemerlangan diri dan seterusnya kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan.

3.0 ObjektifDi akhir kursus ini pelajar dapat :3.1 Mengetahui struktur dan fungsi otak3.2 Mempraktikkan kemahiran membaca, mendengar, mencatat nota, dan

teknik mengingat semasa proses pembelajaran.3.3 Menguruskan masa belajar dengan lebih efektif

4.0 Kumpulan Sasaran Semua pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 tahun 2010

5.0 TarikhFASA 1 : 11 - 14 Januari 2010FASA 2 : Februari 2010

6.0 TempatDewan Ibnu Sina SMKSA

7.0 Tentatif Jadual PelaksanaanLampiran disertakan.

Page 3: Kertas Kerja Kemahiran Belajar

8.0 Keterangan projekProgram ini dicadangkan untuk dilaksanakan bermula pada 11 hingga 14 Januari 2010 serentak dengan Latihan Merentas Desa untuk Fasa 1 dan Fasa 2 pada bulan Februari iaitu ketika latihan Sukan Tahunan . Masa pelaksanaan program ini adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi, iaitu selepas tamat latihan Merentas Desa dan latihan sukan. Kehadiran pelajar untuk program ini adalah wajib dan mengikut jadual latihan rumah masing-masing. Rasionalnya adalah supaya para pelajar tidak perlu balik ke rumah setelah tamat latihan merentas desa dan latihan sukan. Dengan cara ini kehadiran pelajar ke program ini juga akan meningkat.Tenaga penggerak program ini adalah semua guru-guru Bimbingan dan Kaunseling SMKSA.

9.0 JawatankuasaPenasihat : En. Mohd Radzi bin Ismail (Pengetua)Pengerusi : Cik Hjh. Thalha bt. Husin (PK HEM)Naib Pengerusi : Pn. Hjh. Wan Nurul Kalbi bt. Wan Abdullah (Penyelia Petang)Penyelaras : Pn. Mazliana bt. Sarnua (Guru B & K )Setiausaha : Pn. Zuraida bt. Rahid Safian (Guru B & K )Pen. Setiausaha : En. Badrul Hisham bin Abd. Wahab (Guru B & K)Ahli Jawatankuasa : Guru-guru Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

10.0 PenutupDengan adanya program Kemahiran Belajar ini , diharapkan dapat membantu para pelajar sekolah melaksanakan proses pembelajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan prestasi akademik mereka dan seterusnya dapat mencapai kecemerlangan diri dan juga kecemerlangan SMKSA.

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :

............................................................. .....................................................

.(PN. ZURAIDA BT. RAHID SAFIAN) (PN. MAZLIANA BT. SARNUA)

DISAHKAN OLEH :

Page 4: Kertas Kerja Kemahiran Belajar

LAMPIRAN

TENTATIF JADUAL PROGRAM KEMAHIRAN BELAJARTINGKATAN 1 DAN 2

FASA TARIKH/HARI RUMAH SUKAN SASARAN

FASA 1

MASA :10.00 pg – 11.30 pg

11 JANUARI 2010(ISNIN)

LAKSAMANASYAH BANDAR

TINGKATAN 212 JANUARI 2010

(SELASA)BENDAHARA

TEMENGGONG13 JANUARI 2010

(RABU)LAKSAMANA

SYAHBANDAR14 JANUARI 2010

(KHAMIS)BENDAHARA

TEMENGGONG

FASA 2

MASA :10.00 pg – 11.30 pg

1 FEBRUARI 2010(ISNIN)

SYAHBANDARTEMENGGONG

TINGKATAN 12 FEBRUARI 2010

(SELASA)BENDAHARALAKSAMANA

9 FEBRUARI 2010(SELASA)

SYAHBANDARTEMENGGONG

10 FEBRUARI 2010(RABU)

BENDAHARALAKSAMANA

Page 5: Kertas Kerja Kemahiran Belajar

KB/ubk

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDULLAH 36600 CHENDERONG BALAI

AEA 5074 TEL : 05-6511835 FAX : 05-6511260

Ruj. Kami : SMKSA/ubk/bil.1Tarikh : 8 JANUARI 2010

Kepada :

Penjaga Pelajar Tingkatan 2

Tuan/Puan,

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 2

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas :

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan/puan diwajibkan untuk hadir ke program tersebut yang akan diadakan pada hari yang sama dengan hari latihan Merentas Desa.

3. Berikut adalah jadual program tersebut :

MASA TARIKH/HARI RUMAH SUKAN

10.00 pg – 11.30 pg

11 JANUARI 2010(ISNIN)

LAKSAMANASYAH BANDAR

12 JANUARI 2010(SELASA)

BENDAHARATEMENGGONG

13 JANUARI 2010(RABU)

LAKSAMANASYAHBANDAR

14 JANUARI 2010(KHAMIS)

BENDAHARATEMENGGONG

4. Bagi melancarkan perjalanan program ini, maka anak/jagaan tuan/puan tidak dibenarkan balik selepas latihan Merentas Desa. Oleh itu mereka dikehendaki membawa pakaian sekolah yang lengkap bagi menjalani sesi persekolahan pada hari tersebut.

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

Page 6: Kertas Kerja Kemahiran Belajar

-ubk

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDULLAH 36600 CHENDERONG BALAI

AEA 5074 TEL : 05-6511835 FAX : 05-6511260

Ruj. Kami : SMKSA/ubk/bil.1Tarikh : 30 JANUARI 2010

Kepada :

Penjaga Pelajar Tingkatan 1

Tuan/Puan,

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 1

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas :

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan/puan diwajibkan untuk hadir ke program tersebut mengikut jadual di bawah.

MASA TARIKH/HARI RUMAH SUKAN

10.00 – 11.30 pg1 FEBRUARI 2010

(ISNIN)BENDAHARA

TEMENGGONG8.00 -9.30 pg(sukantara)

10.00 – 11.30 pg(kemahiran belajar)

2 FEBRUARI2010(SELASA)

SYAHBANDARLAKSAMANA

3 FEBRUARI 2010(RABU)

BENDAHARATEMENGGONG

10.00 – 11.30 pg 4 FEBRUARI 2010(KHAMIS)

SYAHBANDARLAKSAMANA

3. Bagi melancarkan perjalanan program ini, maka anak/jagaan tuan/puan tidak dibenarkan balik selepas aktiviti sukantara. Oleh itu mereka dikehendaki membawa pakaian sekolah yang lengkap bagi menjalani sesi persekolahan pada hari tersebut.

4. Kerjasama dari pihak tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

Page 7: Kertas Kerja Kemahiran Belajar

-ubk