3
JENIS ALAT BANTU PENDENGARAN Sepasang alat bantu pendengaran yang sesuai akan meningkatkan pendengaran anda. Memilih alat pendengaran adalah satu seni yang menggabungkan tahap kehilangan pendengaran anda, gaya hidup, keperluan dan juga kos. Pakar kami sentiasa bersedia untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik. Anda sentiasa dialu-alukan untuk menetapkan temujanji bersama kami . Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. Ciri istimewa setiap stail diringkaskan seperti berikut: Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF) Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga. - Selesa dan kecil - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE) Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga. - amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan objek kecil - Jangka hayat bateri lebih lama

Jenis Alat Bantu Pendengaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

alat bantu

Citation preview

Page 1: Jenis Alat Bantu Pendengaran

JENIS ALAT BANTU PENDENGARANSepasang alat bantu pendengaran yang sesuai akan meningkatkan pendengaran anda. Memilih alat pendengaran adalah satu seni yang menggabungkan tahap kehilangan pendengaran anda, gaya hidup, keperluan dan juga kos. Pakar kami sentiasa bersedia untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik. Anda sentiasa dialu-alukan untuk menetapkan temujanji  bersama kami .

Alat bantu pendengaran biasanya mempunyai beberapa stail berdasarkan penampilan. Ciri istimewa setiap stail diringkaskan seperti berikut:

Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.

    - Selesa dan kecil    - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat    - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana

Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.

    - amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah       pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk    - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya       bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan       objek kecil       - Jangka hayat bateri lebih lama

Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC))Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

    - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk      memastikan prestasi yang optimum    - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga    - Mudah dikendalikan    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke      tahap yang teruk

Page 2: Jenis Alat Bantu Pendengaran

Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.

    - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan      penampilan    - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan       kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana       dan teruk

BAGAIMANA ALAT BANTU PENDENGARAN BERFUNGSI?

Pada masa dahulu, alat bantu pendengaran berfungsi dengan menguatkan bunyi, termasuk bunyi bising yang tidak diperlukan. Ini mengganggu pengguna dan menghalang mereka dari mengekalkan kehidupan yang lebih berkualiti melalui pendengaran yang lebih baik.

Kemunculan teknologi digital ialah fasa baru dalam kemajuan alat bantu pendengaran. Mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik. Aliran elektik ini akan dianalisa dengan serta merta. Hanya segmen frekuensi terpilih, mengikut tahap masalah pendengaran pengguna, akan ditukarkan kepada gelombang bunyi yang kuat. Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra-pengguna.