Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi Thn. 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Year 1

Citation preview

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

    BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI (MASALAH PENDENGARAN)

    TAHUN SATU

  • TAHUN SATU

    DOKUMEN STANDARD

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

    MASALAH PENDENGARAN

    BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

  • Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

    ii

    Cetakan Pertama 2011

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Bahasa isyarat komunikasi : (masalah pendengaran). Tahun satu(Kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas)ISBN 978-967-0359-28-1

    1. Sign language--Study and teaching (Primary). 2. Special education--Studyand teaching (Primary). 3. Hearing impaired children--Education--Curricula.I. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.II. Siri371.9123

    Dicetak oleh:Percetakan Siaran Sdn. Bhd.308, Kawasan Perusahan Mergong 2,05150 Alor Setar, Kedah.Tel: 04-7339454, Fax: 04-7338110E-mail: [email protected]

  • KANDUNGAN

    MUKA SURAT

    Rukun Negara

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    Kata Pengantar

    Pendahuluan

    Matlamat

    Objektif

    Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang

    Kurikulum Modular Berasaskan Standard

    Fokus Mata Pelajaran

    Objektif Mata Pelajaran

    Organisasi Kandungan

    Penilaian Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

    - Kemahiran Pra Isyarat

    3

    - Kemahiran Isyarat Visual

    5

    iii

    v

    vi

    vii

    1

    1

    1

    2

    3

    4

    4

    6

    8

  • v

    RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-

    cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • vi

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

    warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

    mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • berdikari dalam kehidupan seharian;

    serta menjadi warganegara yang berguna;

    PENDAHULUAN

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

    Masalah Pendengaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,

    perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan

    dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan

    pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah

    Pendengaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan

    tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan

    Induk Pembangunan Pendidikan.

    Bagi memenuhi keperluan individu, (KSSR) Pendidikan Khas

    Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan

    dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,

    yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau

    teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan

    susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi

    mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

    KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dibina supaya

    pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

    diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

    menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid

    bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang

    seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

    MATLAMAT

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

    Masalah Pendengaran digubal dengan matlamat untuk

    mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang

    dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.

    Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan

    intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

    berakhlak mulia.

    OBJEKTIF

    KSSR Pendidikan Khas Masalah Pendengaran membolehkan

    murid:

    i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam

    menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna

    ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat

    1

  • komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.

    san budaya; dan

    melibatkan diri dalam aktiviti riadah;

    bagi yang beragama Islam;

    masyarakat majmuk;

    dengan sempurna;

    kehidupan bekerjaya;

    2

    iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah

    iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri

    v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,

    berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila

    vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

    vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

    viii.

    ix. menghargai keindahan alam dan wari

    x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

    STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

    Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi

    membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan

    berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang

    saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan

    yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

    Domain bagi setiap tunjang adalah:

    i. Komunikasi

    ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai

    iii. Kemanusiaan

    iv. Sains dan Teknologi

    v. Perkembangan Fizikal dan Estetika

    vi. Keterampilan Diri

    Reka Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah

  • Pentaksiran

    pentaksiran

  • 7

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    MOTOR HALUS

    1.4 Koordinasi Mata Tangan.

    Mata mengikut pergerakan tangan sendiri dari arah kiri-kanan, atas-bawah dan rawak

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat

    1.5 Aktiviti kelembutan.

    - Membentuk doh/ plastesin mengikut corak dan bentuk - Memasukkan air ke dalam botol dengan menggunakan

    span

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat

    1.6 Aktiviti bebas 1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

  • 8

    BIDANG 2 - KEMAHIRAN VISUAL

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.1 Huruf

    Kemahiran Mengenal Huruf

    - Vokal- Konsonan- Turutan abjad a z

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.2 Angka

    Kemahiran Mengenal Angka

    - Mengenal angka 1 hingga 50

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    3.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

  • 9

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.3 Kata Tanya Membaca, mengisyarat dan menguasai kata tanya: Apa, Bagaimana, Berapa, Bila, Mana, Mengapa, Siapa,

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    3.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

    2.4 Ucapan Bertatasusila

    Menguasai dan memberi respon dengan menggunakan ucapan bertatasusila yang sesuai. Selamat datang, Selamat petang, Selamat malam.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

  • 10

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.5 Keluarga (asas, kembangan)

    Mengenalpasti dan menyatakan perhubungan dalam keluarga asas dan kembangan.

    abang, adik, bapa, datuk, emak, kakak, nenek

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

    2.6 Ganti Nama

    Mengenal dan memahami maksud penggunaan kata ganti nama.

    awak, dia, saya.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

  • 11

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.7 Pekerjaan

    Mengenalpasti dan menamakan jenis-jenis pekerjaan.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

    2.8 Persekitaran Sekolah

    Mengenalpasti dan menyatakan perbezaaan persekitaran sekolah.

    bakul sampah, bilik guru, kertas, kipas, kelas, lampu, murid, padang, sekolah, tingkap.

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

  • 12

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.9 Persekitaran Rumah

    Mengenalpasti dan menyatakan perbezaan persekitaran rumah.

    bantal, cawan, garfu, gelas, katil, langsir, mangkuk, pinggan, piring, radio, selimut, senduk, sudu, televisyen,

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

    2.10 Persekitaran Lain

    Mengenalpasti dan menyatakan perbezaan persekitaran rumah.

    balai bomba, balai polis, kampung,kedai, klinik, kuil, masjid, pejabat pos, rumah, surau.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

  • 13

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.11 Kata Kerja

    Memahami dan mengaplikasikan kata kerja dalam komunikasi harian.

    baca, curi, kejar, kejar, lari, masak, padam, salam.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    2.12 Makanan dan Minuman

    Mengenalpasti dan menamakan jenis makanan dan minuman.

    aiskrim, biskut, burger, kopi,kuih, mi, nasi, roti canai, roti, sirap, susu, teh.

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.5 Kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan

    pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

  • 14

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.13 Warna

    Mengenalpasti dan menamakan warna.

    biru, hijau, hitam, kuning, merah, putih.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    3.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

    2.14 Ukuran

    Mengenal peralatan, memahami dan menyatakan unit ukuran.

    banyak, besar duit, kecil, panjang, pendek, puluh, ringgit, sedikit, sen.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

  • 15

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.15 Bahagian Tubuh

    Mengenali dan menamakan tubuh manusia.

    bibir, dada, dahi, gigi, hidung, kaki, kening, kepala, leher, mata, muka, mulut, rambut, tangan, telinga.

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

    2.16 Pakaian

    Mengenal dan membezakan pelbagai jenis pakaian.

    baju kurung, baju melayu, baju, kasut, kemeja, pakaian,

    seluar, tudung.

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

  • 16

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.17 Kata Adjektif

    Memahami, mengisyarat dan menggunakan kata adjektif dalam ayat.

    baik, garang, malas, masin, pandai, sejuk, tinggi.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

    2.18 Bentuk

    Mengenal dan memperihal pelbagai rupa dan bentuk.

    bulat, segi empat, segi tiga

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

  • 17

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.19 Kaum, Negeri dan Agama

    Mengenal kaum dan negeri-negeri di Malaysia dan menamakannya.

    Cina, India, Melayu, Orang Asli, Serani.

    Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.5 Kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

    2.20 Perayaan

    Mengenal dan menamakan perayaan di Malaysia.

    Deepavali, Hari Raya Puasa, Krismas, Krismas, Tahun Baru Cina,

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

  • 18

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.21 Haiwan

    Mengenal dan menamakan pelbagi jenis haiwan.

    ayam, ikan, kambing, kucing, lembu, monyet, tikus, ular.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

    2.22 Buah-buahan / sayur-sayuran

    Mengenal dan menamakan pelbagai jenis buah- buahan atau sayur-sayuran.

    betik, ciku, durian, jambu, kelapa, limau, mangga, manggis, oren, pisang, rambutan. tembikai,

    cili, lobak, sawi,

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

  • 19

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.23 Tumbuh-tumbuhan

    Mengenal dan menamakan jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian tumbuhan.

    akar, batang, buah, bunga, dahan, daun, pokok, ranting, ranting, rumput, rumput.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    2.24 Kenderaan

    Mengenal dan menamakan pelbagai jenis kenderaan.

    bas, basikal, beca, kereta api, kereta, lori, motosikal, perahu, sampan, van,

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    2.5 Kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

  • 20

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.25 Perasaan

    Memahami dan menyatakan perasaan yang ditunjukkan atau diluahkan.

    gembira, malu, marah, perasaan, sayang, sedih, suka,

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

    2.26 Sukan dan Permainan

    Mengenalpasti, memahami, menamakan dan memperihalkan jenis sukan dan permainan.

    badminton, bola jaring, bola sepak, congkak, hoki,renang, sukan, sukaneka.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

  • 21

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.27 Kesihatan dan Perubatan

    Mengenalpasti, memahami, menamakan dan memperihalkan berkaitan kesihatan dan perubatan.

    batuk, darah, demam, doktor, hospital, jururawat, klinik, luka, sihat, ubat,

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

    2.28 Arah

    Memahami dan membezakan maksud perkataan-perkataan yang menunjukkan arah/ lokasi.

    atas, bawah, belakang, dalam, hadapan, luar, tepi,

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.4 Membentuk isyarat dan kod dengan tepat.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.1 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

  • 22

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.29 Kata Bantu

    Memahami dan menggunakan kata bantu dalam ayat.

    akan, belum, sudah,

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    2.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum.

    2.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

    2.30 Alam Semula Jadi

    Mengenalpasti dan menamakan pelbagai bentuk alam semulajadi.

    air, angin, api, awan, batu, bukit, bulan, hutan, laut, matahari,

    1.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat.

    2.3 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod.

    3.3 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif.

    3.4 Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan.

  • 24

    STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

    2.33 Galian Mengenali dan menamakan beberapa jenis logam.

    batu, tanah, pasir, besi, emas, perak.

    1.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat.

    1.3 Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.

    2.5 Kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Melayu.

    3.2 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

    3.5 Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara isyarat atau lisan.

  • Terbitan:

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

    Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk