24
Lampiran 1 CONTOH-CONTOH DOA DALAM MAJLIS RASMI DI PERINGKAT JABATAN/BAHAGIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. Doa Sempena Majlis Perhimpunan bulanan. 2. Doa Sempena Perutusan Tahun Baru 3. Doa Sempena Pelancaran Hari Guru 4. Doa Sempena Majlis Persaraan 5. Doa Sempena Hari Inovasi dan Kualiti 6. Doa Sempena Tilawah al-Quran 7.Doa Sempena Perasmian Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 8.Doa Sempena Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan 9. Doa Sempena Mesyuarat Pengetua-Pengetua 10. Doa Sempena Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang

DOA Majlis

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DOA Majlis

Lampiran 1

CONTOH-CONTOH DOADALAM MAJLIS RASMI DI PERINGKAT JABATAN/BAHAGIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Doa Sempena Majlis Perhimpunan bulanan.

2. Doa Sempena Perutusan Tahun Baru

3. Doa Sempena Pelancaran Hari Guru

4. Doa Sempena Majlis Persaraan

5. Doa Sempena Hari Inovasi dan Kualiti

6. Doa Sempena Tilawah al-Quran

7. Doa Sempena Perasmian Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan

8. Doa Sempena Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan

9. Doa Sempena Mesyuarat Pengetua-Pengetua

10. Doa Sempena Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang

Page 2: DOA Majlis

Lampiran 1

DOA SEMPENAMAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami terhadap pendidikan. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهممعصوما

وال مطرودا وال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل والمحروما

ذنوبنا اغفرلنا فهمااللهم وارزقنا نافعا علما زدنا اللهمباإليمان سبقونا الذين وإلخواننا

رحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في تجعل والالنا عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلىالعالمين

Page 3: DOA Majlis

Lampiran 1

DOA SEMPENAMAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perutusan Tahun Baru …….. , Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini, bagi menyatakan kesungguhan dan iltizam kami untuk memartabatkan pendidikan negara kearah kecemerlangan. Untuk mencapai cita-cita murni ini, tanamkanlah dalam diri kami semangat dan keyakinan budaya cemerlang. Cemerlang dalam berakhlak, cemerlang dalam pendidikan, cemerlang dalam berkeluarga, cemerlang dalam bermasyarakat dan cemerlang dalam bernegara.

Justeru itu Ya Allah …. Permudahkanlah urusan kami, ilhamkanlah dalam fikiran kami idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan berpandangan jauh. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang diberkati, keimanan dan ketakwaan yang mantap. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus menabur budi kepada anak bangsa,agama dan negara .

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطروداتجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهم

رحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا فيالنار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلىالعالمين

Page 4: DOA Majlis

Lampiran 1

DOA SEMPENAPELANCARAN HARI GURU

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan penghargaan kami terhadap warga pendidik, warga guru yang sangat berjasa. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti para guru, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan komitmen yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha para guru. Satukanlah hati-hati mereka, eratkanlah silatur Rahimi di kalangan mereka. Padukanlah tenaga dan usaha mereka untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada mereka kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطرودافهما وارزقنا نافعا علما زدنا اللهم

Page 5: DOA Majlis

Lampiran 1

تجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهمرحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في

النار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنارب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

العالمين

DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

الرحيم الرحمن الله بسم , محمد سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis Malam Permata Budi sempena persaraan Yang Berbahagia …………., merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.

Justeru kami berhimpun disini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, Permata Budi buat azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk Kementerian Pendidikan dan watan.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.

Iringilah bersama detik-detik persaraan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum,

Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهممعصوما

Page 6: DOA Majlis

Lampiran 1

وال مطرودا وال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل والمحروما

ذنوبنا اغفرلنا فهمااللهم وارزقنا نافعا علما زدنا اللهمباإليمان سبقونا الذين وإلخواننا

رحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في تجعل والالنا عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

العالمي رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

DOA SEMPENA PERASMIAN HARI INOVASI DAN KUALITI KPM

الرحيم الرحمن الله بسم , محمد سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله وعلى

Allahumma Ya Rahmani wa Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan penghargaan terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan dengan izin Mu jua kami dapat melaksanakan tugas kami pada hari ini, bermuhasabah dan menilai hasil kerja kami yang telah kami papari.

Allahumma Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami sedar Ya Allah, bahawa bagi mencapai pendidikan yang berkualiti dan berinovasi bukanlah suatu yang mudah. Tanpa Taufiq dan Hidayah Mu, dan tanpa redha dan restu Mu jua, maka sukar bagi kami mencapai hasil kerja yang bermutu, dan berinovasi.

Justeru… Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang. Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah Silatur Rahim dikalangan kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, bagi menghasilkan pendidikan yang cemerlang, dicontohi dan diteladani, serta mampu menuju ke mercu gemilang.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Page 7: DOA Majlis

Lampiran 1

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah apakiranya kepada kami Ya Allah, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطروداأيامنا وخير خواتمه أعمالنا وخير اخره أعمارنا خير اجعل اللهم

فيه ألقاك يومتجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهم

رحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا فيالنار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلىالعالمين

DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis ‘Penutupan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antara Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia 142…. Hijriah’, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang 2 hari ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan memperkota ayat-ayat Mu dalam kehidupan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Page 8: DOA Majlis

Lampiran 1

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

، ورحمة وهدى ونورا إماما لنا واجعله ، بالقرءان ارحمنا اللهمتالوته وارزقنا ، جهلنا ما منه وعلمنا ، نسينا ما منه ذكرنا اللهم

العالمين . رب يا حجة لنا واجعله ، النهار وأطراف الليل ءاناءتفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهم

وال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصومامحروما . وال مطرودا

تجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهمءامنوا للذين غال قلوبنا رحيم في رءوف إنك ربنا

النار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنارب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

العالمين

DOA SEMPENAPERASMIAN KONVENSYEN PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan Siri ….., merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Page 9: DOA Majlis

Lampiran 1

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطرودافهما وارزقنا نافعا علما زدنا اللهم

تجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهمرحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في

النار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنارب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

العالمين

DOA SEMPENAPENUTUPAN KONVENSYEN PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada tengahari ini, di Majlis Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya kami berhimpun selama tiga hari disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran, bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Page 10: DOA Majlis

Lampiran 1

Justeru… berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat di konvensyen ini sebagai landasan dan ransangan demi perjuangan memartabatkan pendidikan tanah air tercinta, usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطرودافهما وارزقنا نافعا علما زدنا اللهم

تجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهمرحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في

النار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنارب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

العالمين

DOA SEMPENAMESYUARAT PENGETUA-PENGETUA

الرحيم الرحمن الله بسم , محمد سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Salawat dan salam buat junjungan Kami Nabi Muhammad SAW.

Wahai Tuhan yang memiliki khazanah hikmah yang melimpah ruah…Kami sedar Ya Allah, bahawa tugas memartabatkan pendidikan negara bukanlah suatu yang mudah. Tanpa muafakat dan sepakat, tanpa roh dan semangat kependidikan, jua tanpa redha dan rahmat Mu, maka sukar bagi kami meneruskan perjuangan mencapai kecemerlangan pendidikan.

Page 11: DOA Majlis

Lampiran 1

Justeru itu … Ya Allah Permudahkanlah urusan kami. Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan berpandangan jauh. Kurniakanlah apakiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya tahan. Padukanlah tenaga, usaha dan pemikiran kami. Eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, dengan bijaksana dan diredhai, bagi menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan demi menjana kecemerlangan pendidikan Di Bahagian Samarahan ini.

Ya Allah..Ya ‘Alim..Ya Hakim…

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Ya Rahim..Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Ya Razzak…Kurniakanlah apa kiranya kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, mahupun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطروداالسالم سبل واهدنا بيننا ذات وأصلح قلوبنا بين ألف اللهم

تجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهمرحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في

النار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنارب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

العالمين

DOA SEMPENAMAJLIS PENGANUGERAHAN PERKHIDMATAN CEMERLANG KPM

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Page 12: DOA Majlis

Lampiran 1

Sesungguhnya kami berhimpun disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan penghargaan kami, kepada warga pendidikan yang telah berkorban tenaga dan fikiran, mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, demi memartabatkan pendidikan di bumi bertuah ini.

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Kekalkanlah roh dan semangat perkhidmatan yang mereka miliki, untuk terus cemerlang. Dan semadikanlah roh dan semangat yang mereka miliki itu ke dalam diri kami. Kurniakanlah apakiranya kesihatan, kesejahteraan, keselamatan, kehidupan yang bahagian dan aman sentosa kepada mereka, anak-anak mereka serta seluruh kaum keluarga mereka, jua kepada kami.

Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami, Permudahkanlah segala urusan untuk terus menabur budi kepada anak bangsa, agama dan negara .

Allahumma Ya Badi’as Samawati wal Ardh,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطروداتجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهم

رحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا فيالنار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلىالعالمين

DOA SEMPENAPENUTUPAN RASMI SEMINAR KECEMERLANGAN AKADEMIK

KAWASAN ASAJAYA DAN SAMARAHAN (10-07-2004)

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang yang permai ini, di Majlis Penutupan Rasmi Seminar Kecemerlangan Akademik Kawasan Asajaya dan

Page 13: DOA Majlis

Lampiran 1

Samarahan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya kami berkampung disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran, bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan kelangsungan jati diri anak didik kami.

Justeru…dengan rahmat dan kemurahanMu Ya Allah, berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat dalam seminar ini sebagai landasan dan ransangan demi perjuangan memartabatkan pendidikan tanah air tercinta, usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, mahupun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطرودافهما وارزقنا نافعا علما زدنا اللهم

تجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهمرحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في

النار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنارب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

العالمين

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTPAN PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT

NEGERI SARAWAK.

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Page 14: DOA Majlis

Lampiran 1

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis ‘Penutupan Pertandingan Paluan Kompang Dan Formasi Sekolah-sekolah rendah Peringkat Negeri Sarawak 2004, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang tidak terhingga. Sampaikan jua salam kasih saying kami untuk Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang hari ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami ini, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan dan keazaman untuk meneruskan budaya murni dalam kehidupan kami melalui semangat cintakan nilai-nilai keindahan Islam.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطروداتجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهم

ءامنوا للذين غال قلوبنا رحيم في رءوف إنك ربناالنار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلىالعالمين

DOA SEMPENA PERASMIAN PROGRAM Bank Simpanan Nasional PRIHATIN

الرحيم الرحمن الله بسم

Page 15: DOA Majlis

Lampiran 1

, محمد سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمدأجمعين وأصحابه آله وعلى

Allahumma Ya Rahmani wa Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada hari ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan penghargaan terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan dengan izin Mu jua kami dapat melaksanakan tugas kami pada hari ini, bermuhasabah dan menilai hasil kerja kami yang telah kami usahakan.

Allahumma Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami sedar Ya Allah, bahawa bagi menyediakan prasarana yang sempurna dalam arena pendidkian bukanlah suatu yang mudah. Tanpa Taufiq dan Hidayah Mu, dan tanpa redha dan restu Mu jua, maka sukar bagi kami melahirkan murid dan pelajar yang bermutu, dan berinovasi.

Justeru… Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang. Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah Silatur Rahim dikalangan kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, bagi menghasilkan pendidikan yang cemerlang, dicontohi dan diteladani, serta mampu menuju ke mercu kegemilangan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah apakiranya kepada kami Ya Allah, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطروداأيامنا وخير خواتمه أعمالنا وخير اخره أعمارنا خير اجعل اللهم

فيه ألقاك يومتجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهم

رحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا فيالنار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلىالعالمين

DOA SEMPENA

Page 16: DOA Majlis

Lampiran 1

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ANTI DADAH DI KALANGAN PELAJAR

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perasmian Program Anti Dadah Pelajar Tingkatan 6, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami untuk memerangi penyalahgunaan dadah habis-habisan.

Ya Allah, Ya Azim, Ya Alim….Kami sedar Ya Allah, bahawa Iman kami tidaklah sekukuh iman Nabi Yusuf, kami juga tidak segagah Nabi Daud, kami juga tidak sehebat Nabi Sulaiman, maka kerana itulah Ya Allah kau kurniakanlan kami keimanan yang mantap, kesihatan mental dan fizikal yang sempurna, serta ketajaman akal fikiran.

Ya Allah, Sesungguhnya, Kami amat memerlukan inayahmu dalam meneruskan kehidupan yang penuh mehnah dan tribulasi ini,Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan kami pada pagi yang permai ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan Ummah, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari larangan Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهممعصوما

ذنوبنا اغفرلنا فهمااللهم وارزقنا نافعا علما زدنا اللهمباإليمان سبقونا الذين وإلخواننا

رحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في تجعل والالنا عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنا

رب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلىالعالمين

Page 17: DOA Majlis

Lampiran 1

DOA SEMPENAMESYUARAT PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN

UNTUK PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DAN GURU BESAR BAHAGIAN SAMARAHAN

الرحيم الرحمن الله بسممحمد , سيدنا على والسالم والصالة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وأصحابه آله . وعلى

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, dalam mesyuarat pengurusan dan pengendalian peperiksaan untuk pegawai pendidikan Daerah dan Guru Besar Bahagian Samarahan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada petang ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, khususnya di Bahagian Samarahan ini.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, mahupun jua di akhirat.

تفرقا بعده من وتفرقنا ، مرحوما جمعا هذا جمعنا اجعل اللهموال شقيا يتبعنا من وال معنا وال فينا اللهم تجعل وال ، معصوما

محروما . وال مطرودافهما وارزقنا نافعا علما زدنا اللهم

تجعل وال باإليمان سبقونا الذين وإلخواننا ذنوبنا اغفرلنا اللهمرحيم رءوف إنك ءامنوا للذين غال قلوبنا في

Page 18: DOA Majlis

Lampiran 1

النار عذاب وقنا حسنة األخرة وفي حسنة الدنيا في اتنا ربنارب والحمدلله ، وسلم وصحبه اله وعلى محمد على الله وصلى

العالمين