5
1.0 PENGENALAN 1.1 TAJUK KAJIAN Kajian ini bertajuk Sejarah Adat Tradisi Peranakan Baba Nyonya di Melaka.Kajian ini merangkumi keseluruhan budaya dan peranakan Baba Nyonya di Melaka yang telah diamalkan pada masa dahulu dan juga beberapa adat dan tradisi yang masih diamalkan sehingga kini. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan: 1.2.1 Memenuhi keperluan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Dalam kertas 940/1, iaitu Kertas Sejarah STPM. 1.2.2 Menghayati kepentingan untuk mengekalkan seni dan kebudayaan dalam adat tradisi peranakan baba nyonya. 1.2.3 Mengetahui adat tradisi peranakan baba nyonya di Melaka. 1.2.4 Menerima dan menghormati adat tradisi peranakan baba nyonya. 1.3 PERMASALAHAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti berikut: 1.3.1 Mengenalpasti sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan adat tradisi sehingga kini atau telah ditelan dek arus kemodenan. 1.3.2 Mengenalpasti sama ada generasi muda kini mengetahui adat tradisi peranakan baba nyonya.

contoh proposal

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh prosal sejarah

Citation preview

Page 1: contoh proposal

1.0 PENGENALAN1.1 TAJUK KAJIAN

Kajian ini bertajuk Sejarah Adat Tradisi Peranakan Baba Nyonya di

Melaka.Kajian ini merangkumi keseluruhan budaya dan peranakan Baba Nyonya

di Melaka yang telah diamalkan pada masa dahulu dan juga beberapa adat dan

tradisi yang masih diamalkan sehingga kini.

1.2 OBJEKTIF KAJIANKajian ini adalah bertujuan:

1.2.1 Memenuhi keperluan PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Dalam

kertas 940/1, iaitu Kertas Sejarah STPM.

1.2.2 Menghayati kepentingan untuk mengekalkan seni dan kebudayaan

dalam adat tradisi peranakan baba nyonya.

1.2.3 Mengetahui adat tradisi peranakan baba nyonya di Melaka.

1.2.4 Menerima dan menghormati adat tradisi peranakan baba nyonya.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti berikut:

1.3.1 Mengenalpasti sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan

adat tradisi sehingga kini atau telah ditelan dek arus kemodenan.

1.3.2 Mengenalpasti sama ada generasi muda kini mengetahui adat tradisi

peranakan baba nyonya.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

1.4.1 Kajian ini adalah penting bagi memahami dan mengkaji dengan lebih

mendalam lagi tentang adat tradisi yang diamalkan peranakan baba

nyonya.

1.4.2 Kajian ini juga memberi kesedaran khususnya peranakan baba nyonya

bagi mengekalkan adat tradisi mereka agar tidak pupus dimamah oleh

arus kemodenan.

1.4.3 Kajian ini juga penting kerana pada masa kini masih terdapat

responden yang hidup pada zaman ini. Jika kajian ini tidak dibuat pada

masa kini , dikhuatiri kemungkinan responden-responden sudah tiada

lagi sumber rujukan primer.

Page 2: contoh proposal

1.5 BATASAN / SKOP KAJIAN

Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Melaka sahaja. Ia adalah

memfokuskan tentang budaya dan adat tradisi peranakan baba nyonya di Melaka.

Di Melaka baba nyonya merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai kolonis

terbesar masyarakat unik ini bertapak. Fenomena ini berlaku kerana pada zaman

sebelum Kesultanan Melayu Melaka ramai perdagang-perdagang yang datang dari

Negara China ke Tanah Melayu pada ketika itu kemudiannya berkahwin dengan

orang Melayu. .

1.6 SOROTAN LITERATUR

Terdapat banyak kajian telah dibuat sama ada dari penulisan luar negara mahupun

dalam negara berkenaan dengan peranakan baba nyonya. Mengikut buku "Sejarah

Melayu" edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd.

Singapore halaman 123-131 yang menceritakan tentang sejarah kemasukan

peranakan baba nyonya ini. Mengikut laman web “http:/www.myresipi.com/

tags/masakan_baba_nyonya”, menunjukkan Resepi Warisan Florence yang

memaparkan masakan baba nyonya. Begitu juga dengan laman web yang

membekalkan maklumat tentang keunikan peranakan baba nyonya iaitu

“http://dondangsayangmelaka.blogspot.com/2011/07/keunikan-masyarakat-baba-

dan-nyonya-di.html”.Laman web ini terdapat info tentang cara pemakaian

peranakan baba nyonya iaitu “http://budayapakaiandimalaysia.

blogspot.com/2010/08/pakaian-masyarakat-baba-dan-nyonya.html”.

1.7 METHODOLOGI KAJIAN

1.7.1 Saya menggunakan kaedah penyelidikan laman web melalui sumber

internet. Kaedah mengakses internet ini digunakan untuk megetahui

perkara berkaitan dengan lebih mendalam.

1.7.2 Kaedah seterusnya ialah saya akan mengagih borang soal selidik yang

terdiri daripada pelbagai usia bagi mendapatkan beberapa maklumat

yang diperlukan.

1.7.3 Selain itu , saya juga akan merujuk buku ilmiah yang berkaitan dengan

tajuk kajian untuk mendapatkan beberapa maklumat berkaitan.

Page 3: contoh proposal

1.8 STRUKTUR ESEI

Esei ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian utama:

1.8.1 Bahagian pengenalan akan membincangkan latar belakang kajian

secara menyeluruh dan ringkas.

1.8.2 Bahagian isi akan dibahagikan kepada lima aspek utama:

(a) Asal usul

(b) Aspek cara hidup

(c) Cara berpakaian

(d) Adat resam

(e) Masakan

1.8.3 Bahagian kesimpulan akan menyimpulkan hasil kajian yang telah

dibuat berdasarkan fakta hasil pembacaan pemerhatian dan temubual

dengan responden.

1.9 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya , peranakan baba nyonya di Melaka adalah masyarakat

yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang istimewa. Cara hidup mereka

adalah amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan.

Walaubagaimanapun , pada masa kini , adat dan tradisi peranakan baba

nyonya banyak yang telah ditinggalkan. Hal ini memandangkan masyarakat

zaman sekarang kian maju. Tambahan pula , sudah ramai pula golongn cerdik

pandai dalam kalangan peranakan baba nyonya yang membawa budaya dan

cra hidup peranakan bandar dan menerapkannya dalam kalangan peranakan

baba nyonya.