CIRI

Embed Size (px)

Citation preview

CIRI-CIRI KOMUNIKASI LISAN Menurut Abdull Sukor Shaari et.al(2003), bagi mewujudkan komunikasi yang

berkesan terutama ketika menyampaikan ataupun menerima maklumat, terdapat beberapa prinsip yang perlu ditekankan, prinsip inilah membentuk ciri-ciri komunikasi lisan yang berkesan. antaranya ialah; Kejelasan/Bahasa Efektif Menurut Abdul Sukor Shaari, aspek ini melibatkan penggunaan perkataan yang menghasilkan makna yang sama dalam fikiran pendengar seperti mana yang dimaksudkan oleh komunikator. Beliau menjelaskan lagi komunikasi lisan bersama audiens akan lebih berkesan dengan pengguanaan bahasa yang mudah dan ringkas. Dalam aspek ini juga beliau menambah penggunaan perkataan yang khusus berbanding perkataan yang bersifat umum adalah lebih berkesan kerana pemupukan pemahaman audiens terhadap apa yang disampaikan lebih cepat. Kesesuaian Menurut Abdull Sukor Shaari, ciri komunikasi lisan juga memperlihatkan ciri

kesesuaian dimana minat si pendengar bergantung kepada kesesuain bahasa. Menurut beliau, bahasa patut sesuai dengan pengucap, subjek, majlis, pendengar dan pengantar yang digunakan semasa menyampaikan ucapan. Beliau menjelaskan kemahiran lisan yang berkesan tidak bergantung kepada bahasa tulisan. Bahasa lisan lebih banyak ganti nama diri, lebih banyak ungkapan bersyarat, dan lebih banyak perkataan dan frasa yang slanga. Hubungan Mata yang Baik(eye contacts) dengan Audiens Menurut Abdul Muati@ Zamri Ahmad(2000) pula, komunikasi lisan yang berkesan dengan audiens apabila adanya hubungan mata yang seimbang. Beliau mengatakan memandang mata audiens adalah penting agar mereka yakin dengan ucapan atau bicara kita. Beliau menjelaskan, ciri ini melibatkan komunikator perlu memandang ke terus ke mata audiens agar mereka dapat merasakan bahawa mereka dilawan bercakap. Beliau juga menambah, pandangan mata sepatutnya tidak hanya1

tertumpu atau bertempat pada satu indivitu sahaja, tetapi juga perlu kepada semua audiens di hadapan. Bahasa Badan Menurut Abdul Muati, ciri komunikasi lisan yang berkesan adalah melibatkan pergerakan anggota-anggota badan selaras dengan sebutan. Beliau mengatakan, hal ini adalah bertujuan untuk menyokong bahasa lisan supaya lebih difahami dan berkesan kepada pendengar. Beliau juga menjelaskan bahawa anggota tubuh terlibat dalam aktiviti ini termasuklah mata, kepala, mimik muka, tangan, bahu, jari dan juga gaya berdiri. Menurut beliau, penggunaan bahasa badan dengan baik dan terkawal boleh menjadikan ucapan kita lebih berkesan. Pengawalan Suara. Menurut Abdul Muati, pengawalan suara yang baik dapat meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi lisan. Menurut beliau, terdapat lima ciri-ciri suara iaitu pertama ialah kelantangan. Ciri ini berkait rapat dengan kekuatan suara. Dalam kemahiran lisan, kita hendaklah menyebut perkataan sejelas yang boleh hingga pendengar atau audiens boleh mendengarnya. Kedua ialah nada, maksudnya nada ucapan kita perlu ada tinggi rendahnya. Menurut beliau, kebiasaannya nada tinggi digunakan untuk penekanan sesuatu hujah atau perkataan, manakala nada rendah pula amat berkesan semasa membuat rayuan. Ketiga pula ialah jeda, iaitu sama dengan penggunaan ciri tanda koma dalam tulisan. Selepas membuat penekanan dalam sesebuah perkataan, kita harus berhenti seketika. Menurut beliau, tujuan ini adalah bertujuan member peluang kepada audiens berfikir sejenak perkara yang dikatakan tadi. Manakala yang keempat ialah pengulangan. Penekanan sesuatu perkara penting dalam ucapan atau kemahiran lisan ini, boleh dibuat dengan mengulang sebut satu atau beberapa perkataan dalam sesuatu ayat. Namun begitu, tidak semua perkataan boleh diulang-ulang. Perkara kelima ialah aspek sebutan. Menurut beliau, setiap perkataan hendaklah disebut dengan tepat dan betul.

2

Kesimpulannya, dalam komunikasai lisan yang berkesan terdapat lima ciri utama iaitu kejelasan atau penggunaan bahasa yang efektif iaitu perkataan yang mudah difahami, aspek kesesuaian yang melibatkan pemilihan bahasa yang sesuai mengikut keadaan, hubungan mata yang baik, penggunaan bahasa badan dan seterusnya ialah pengawalan suara yang bijak. (539 Patah perkataan)

3

ANALISIS UCAPAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM Berpandukan kepada pengetahuan mengenai ciri-ciri kemahiran lisan yang berkesan satu analisis ucapan seorang tokoh telah dibuat. analisis ini bertujuan bagi menilai ciri-ciri komunikasi lisan yang terdapat pada ucapan tokoh tersebut. Berdasarkan kepada konteks analisis iaitu ceramah dato seri anwar Ibrahim di Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat(PKR) pada 29 november 2008, satu hasil analisis telah pun dibuat. Analisis terhadap ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim menunjukkan beliau mempunyai ciri komunikasi lisan yang berkesan dari segi kejelasan atau bahasa efektif. Beliau menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang mudah dan ringkas agar audiens beliau memahami dengan jelas buah pikiran yand disampaikan. dibuktikan melalui petikan ucapan beliau berikut; Sebab itu saya dengan izah kata, kita sampai tadi jam Sembilan, kita duduk, kita nak tinjau bagaimana respon dari bawah melihat telatah pemimpin-pemimpin diatas (Data Seri Anwar Ibrahim) Melalui ucapan beliau itu juga beliau mempunyai ciri komunikasi lisan yang berkesan iaitu kesesuaian. Dalam ceramah beliau tersebut, saya dapat perhatikan banyak penggunaan bahasa perbualan atau slanga. Penggunaan bahasa slanga tersebut lebih menampakkan keberkesanan ceramah beliau. Penyelitan penggunaan bahasa slanga mengelakkan kebosanan audiens mendengar bahasa formal yang berpanjangan. Seterusnya, apa yang dapat saya perhatikan, Dato Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengekalkan hubungan mata(eye contacts) yang baik kepada audiens beliau. Melalui analisis, beliau bukan sahaja memandang barisan para pemimpin tertinggi, tetapi juga melihat kepada setiap audiens yang duduk di hadapan beliau. Ini membuktikan bahawa beliau menyedari kepentingan hubungan mata meningkatkan keberkesanan isi ceramah beliau. Berdasarkan analisis pergerakan mata beliau menunjukkan beliau memandang keseluruhan tempat dewan ceramah.4

Hal ini dapat

Analisis yang telah saya lakukan mengenai ciri komunikasi lisan yang berkesan dalam penyampaian ceramah oleh dato seri anwar Ibrahim adalah penggunaan bahasa badan yang selaras dengan sebutan. Dalam analisis ini beliau banyak menggunakan bahasa badan sepanjang ceramah tersebut. apa yang dapat saya perhatikan, beliau menggunakan keseluruhan anggota badan seperti mata, tangan, bahu, jari, dan kepala agar penyampaian ceramah beliau tersebut tidak menjadi hambar disamping mendatangkan impak tarikan kepada audiens. Ciri seterusnya dalam kemahiran lisan yang berkesan dikaji dalam ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim ialah pengawalan suara. Seperti yang telah dibincangkan, terdapat lima aspek dalam pengawalan suara iaitu kelantangan, nada, jeda, pengulangan, dan sebutan. Dalam konteks analisis pula, beliau mempraktikkan kelantangan suara yang jelas. setiap perkataannya disampaikan dengan jelas, begitu juga dari aspek nada. Beliau mahir menggunakan perubahan nada tinggi dan rendahnya dalam perkataan atau frasa-frasa tertentu ceramah beliau. Ini menarik lagi tumpuan audiens beliau untuk mendengar ceramah beliau dengan tekun. Aspek jeda juga terdapat dalam cara penyampaian beliau kepada audiens. Ini membolehkan audiens beliau berfikir sejenak kebenaran kata-kata beliau. Pengulangan juga terdapat dalam ceramah beliau tersebut; Mereka kata begitu, mereka kata begini. (Dato Seri Anwar Ibrahim) Aspek sebutan jelas juga terdapat dalam ceramah beliau. sepajang ceramah, segala patah demi patah ucapan beliau dapat difahami dengan jelas. Berdasarkan analisis ucapan ceramah dato seri anwar tersebut, dapat disimpulkan bahawa beliau mahir dalam aspek-aspek dan ciri-ciri kemahiran lisan yang berkesan. melihat dari perspektif seorang guru, semua ciri-ciri kemahiran lisan ini seharusnya dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran murid. (495 Patah perkataan)REFLEKSI

5