12
atu kumpulan nyanyian terdiri daripada beberapa orang penyanyi dalam pelbagai lapisan suara. Asal Usul Asal usul koir ialah satu kumpulan penyanyi yang kebiasaannya membuat persembahan di gereja-gereja yang berunsur keagamaan pada zaman pertengahan (600 AD hingga 1450). Contoh ensembel koir awal adalah Gregorian Chant. Kini fungsi koir adalah lebih umum. Ia dipersembahkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang mempunyai tema tertentu seperti patriotisme, kasih sayang, budi bahasa dan lain-lain. Ciri-ciri Muzik Koir Koir boleh dinyanyikan secara kumpulan atau solo yang diikuti oleh korus secara berbalas-balas samada dengan iringan atau tanpa iringan alat muzik (A cappella). Jenis suara yang terdapat dalam koir biasanya adalah: Soprano (S) (suara perempuan tinggi) Alto (A) (suara perempuan rendah) Tenor (T) (suara lelaki tinggi) Bass (B) (suara lelaki rendah) Muziknya bertekstur monofoni, seperti dalam Gregorian Chant (Zaman Pertengahan), homofoni atau polifoni (dengan beberapa lapisan suara). Nyanyian koir boleh dinyanyikan dalam : Unison (Sesuara). Dua suara : SS, SA. Tiga suara: SSA, SAA, SAT. Empat suara: SAAT, SATT, SSAT, SATB. Kebanyakan lagu-lagu koir adalah dalam bentuk AAAA, AAAB, AABA atau ABCD. Gaya Persembahan Kebiasaannya, kumpulan koir berdiri semasa menyanyi. Elemen pergerakan boleh digunakan sebagai satu unsur kreativiti dalam sesebuah persembahan. Koir boleh juga dipersembahkan secara duduk mengikut kesesuaian dan keselesaan. Postur dan teknik nyanyian yang betul adalah diberi penekanan untuk menghasilkan ton suara yang baik dan harmoni.

ciri koir sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ciri koir di sekolah rendah ataupun ciri satu dunia melaksanakan koir

Citation preview

Page 1: ciri koir sekolah

atu kumpulan nyanyian terdiri daripada beberapa orang penyanyi dalam pelbagai lapisan suara.

Asal Usul

Asal usul koir ialah satu kumpulan penyanyi yang kebiasaannya membuat persembahan di gereja-gereja yang berunsur keagamaan pada zaman pertengahan (600 AD hingga 1450). Contoh ensembel koir awal adalah Gregorian Chant.  Kini fungsi koir adalah lebih umum.  Ia dipersembahkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan yang mempunyai tema tertentu seperti patriotisme, kasih sayang, budi bahasa dan lain-lain.

Ciri-ciri Muzik Koir

Koir boleh dinyanyikan secara kumpulan atau solo yang  diikuti oleh korus secara berbalas-balas samada dengan iringan atau tanpa iringan alat muzik

(A cappella).  Jenis suara yang terdapat dalam koir biasanya adalah:

Soprano (S) (suara perempuan tinggi) Alto (A) (suara perempuan rendah) Tenor (T) (suara lelaki tinggi) Bass (B) (suara lelaki rendah)Muziknya bertekstur monofoni, seperti dalam Gregorian Chant (Zaman Pertengahan), homofoni atau polifoni (dengan beberapa lapisan suara).  Nyanyian koir boleh dinyanyikan dalam :

Unison (Sesuara). Dua suara : SS, SA. Tiga suara: SSA, SAA, SAT. Empat suara: SAAT, SATT, SSAT, SATB.Kebanyakan lagu-lagu koir adalah dalam bentuk AAAA, AAAB, AABA atau ABCD.

 Gaya Persembahan

Kebiasaannya, kumpulan koir berdiri semasa menyanyi.  Elemen pergerakan boleh digunakan sebagai satu unsur kreativiti dalam sesebuah persembahan. Koir boleh juga dipersembahkan secara duduk mengikut kesesuaian dan keselesaan. Postur  dan teknik nyanyian yang betul adalah diberi penekanan untuk menghasilkan ton suara yang baik dan harmoni.

Pengenalan

Koir merupakan nyanyian secara berkumpulan dalam pelbagai lapisan suara. Pada asalnya koir dipersembahkan di gereja pada zaman Pertengahan iaitu antara 600-1450 Masih di Eropah. Kini, koir tidak hanya berfungsi untuk upacara

Page 2: ciri koir sekolah

keagamaan malah dipersembahkan dalam pelbagai acara yang mempunyai tema tertentu seperti patriotisme dan unsur-unsur nilai murni.

Ciri-ciri

Koir dipersembahkan dengan iringan atau tanpa iringan muzik (A Capella) sama ada dalam satu lapisan suara (unison) atau gabungan lapisan suara seperti berikut. Soprano (S) (suara tinggi perempuan) Alto (A) (suara rendah perempuan) Tenor (T) (suara tinggi lelaki) Bass (B) (suara rendah lelaki)

Tekstur koir;

monfoni homofoni polifoni

Gaya Persembahan

Lazimnya, ahli kumpulan koir berdiri semasa menyanyi. Gerakan boleh digunakan sebagai unsur kreativiti dalam persembahan. Teknik nyanyian yang betul diberikan untuk menghasilkan ton suara yang baik.

PERSEMBAHAN KOIR

PERSEMBAHAN  KOIRPENGENALANKoir adalah suatu ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama."

Kelab koir ialah sebuah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih. Koir ditubuhkan disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru akan menjemput orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat tersebut. Kebiasaanya koir juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan baru ini akan membuat persembahan disekolah dan akan menggantikan kumpulan mahir atau senior mereka. 

Dari segi istilahnya, koir adalah sebuah kumpulan muzikal vokal yang menyanyi beramai-ramai yang membentuk satu nyanyian yang harmoni. Walaupun bukan penyanyi solo yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli ini mampu untuk menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu.

Koir sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial

Page 3: ciri koir sekolah

khususnya di kalangan generasi muda. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri.

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.STRUKTUR PERSEMBAHAN KOIR

Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau

juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik(sama seperti orkestra). Konduktor-konduktor untuk koir  kadang-kala dipanggil pengarah koral,  pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.

Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik.  Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella.  Instrumen iringan secara praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzikal acapella.

  KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARABiasanya dalam koir ini terdapat empat kumpulan suara. Tapi boleh jadi lebih dari itu. Tingkat-tingkat suara yang lazim adalah seperti soprano dan alto (wanita), manakala tenor dan bes pula adalah untuk lelaki. Bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya ada dua gabungan suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak perempuan.  suara ahli kumpulan akan duji terlebih dahulu bagi menentukan dimana kedudukan suara mereka samaada soprano, alto, tenor mahupun bes. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.

Page 4: ciri koir sekolah

Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga ke "A atas" (A5) untuk muzik koir. Perkataan "soprano" secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita. Dalam nyanyian 4 penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian. Namun terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara kebiasaannya.

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi wanita. Dalam kumpulan 4 penyanyi  koir, suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam “klef alto” tetapi kini ditulis dalam “klef trebal”. Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap tingkat suara ni mempunyai peranan masing-masing dalam meharmonikan sesuatu persembahan nyanyian.

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di atas suara penyanyi bes dan di bawah suarapenyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.

Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.

Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan rendah di dalam suara manusia. lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka.Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:- Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang

Page 5: ciri koir sekolah

digunakan ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB. Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepadasoprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.

Koir wanita - mengandungi

suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard

Soprano

Alto

TenorBes

Page 6: ciri koir sekolah

LATAR BELAKANG PENUBUHAN  KUMPULAN KOIRPerancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara bersistematik agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif. Ia bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat. Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya, antaranya ialah :

1.      Saiz kumpulan2.      Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara3.      Jumlah atau bilangan penyanyi4.      Pemuzik Iringan5.      Alat Muzik Iringan6.      Keupayaan Guru.7.      Tempat Latihan8.      Jadual Latihan9.      Surat menyurat10.  Skor atau gubahan-gubahan lagu.

Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur berikutnya ialah:

  Menentukan tarikh uji bakatPenentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar.

  Melaksanakan uji bakatMelaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.

Penyanyi yang telah terbina identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk nyanyian solo , Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan. ‘Warm up’ perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekara-pekara berikut;

  TempoMenyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah;Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan.Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

Page 7: ciri koir sekolah

  RenjMenentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara soprano, alto ,tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.

  Tone SuaraTone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan.

  IramaKemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan bahagian-bahagian irama ‘up beat’ atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika dimainkan dengan betul.

  Ketepatan PicKetepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan

Page 8: ciri koir sekolah

renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.

Pembahagian Kepada Kumpulan S.A.T.BPembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang. Pemberatannya ialah 13penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi sopranao.Pemberatan ini diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan. Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan berdasarkan renj saperti berikut;

1. Soprano2. Alto3. Tenor4. BesMenyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan

soprano dan diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan.

Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan menyanyi secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan dengan turutan berikut;

1.      Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa iringan) Melodi dimainkan piano sebagai panduan.

2.      Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan)3.      Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri.4.      Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap

lagudengan iringan piano.

5.      Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.

KESERAGAMAN KOIR  Permulaan dan tamat (attack and released)

Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik.

  Menentukan aras dinamikPemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.

  Pakaian

Page 9: ciri koir sekolah

Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguan–gangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri.

  Gaya persembahanPersembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agrasif tetapi memadai dengan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu yang dinyanyikan. Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi penyanyi dan penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen-elemen muzik saperti harmoni, pic, dinamik, interpretasi , sebutan dan sebagainya.

 KESIMPULANMelalui perancangan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir akan dapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti. Malah sistem penjadualan dan sikap yang tegas dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat agar ahli kumpulan koir tidak mengambil kesempatan atau sambil lewa menjalani sesi latihan. Sikap kesungguhan mengendalikan latihan akan menarik keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik.            Cara mengendalikan latihan dengan mengadakan ‘warm-up’ vokal dan tubuh turut menarik minat serta perangsang kepada ahli koir. Aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak begitu penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan fizikal yang berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli menyertainya kerana sesi tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan atau hiburan. Contohnya senaman ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti ‘bubbling’, ‘humming’, dan cara latihan suara yang menggunakan pelbagai teknik yang menarik lagi berkesan.

Kemesraan dan cara layanan terhadap ahli koir juga perlu diberi tumpuan untuk menarik mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Latihan yang betul dan berkesan penting kepada ahli koir. Selang antara hari latihan tidaklah terlalu lama dan ahli koir perlu mengadakan sesi latihan sepanjang masa sehingga hari pertandingan. Perhatian yang kurang akan menyebabkan kumpulan koir menjadi lemah dan kurang komitmen. Jurulatih dan pelajar mesti ada kesungguhan yang kuat untuk memenangi sebarang acara atau pertandingan itu. Pujian atau motivasi perlu diberikan oleh jurulatih sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan.