18
Awal tahun 2007 Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah diumumkan lewat tahun 2005, ketika itu aku masih lagi belajar di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan menetap di Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru. Pada pagi pengumuman keputusan PMR itu, hatiku mula rasa gelisah. Pada pagi itu juga, awal pagi, tapi aku tak ingat bila tarikhnya, aku, Saddam dan Faizzy yang merupakan anak jati Felda Redong 1, Segamat bertolak ke Johor Bahru. Ketika itu dengan berbekalkan wang RM 50 pemberian Mak, aku bertolak ke sana dengan harapan dapat menyambung belajar di sekolah itu lagi. Ketika sampai di Terminal Larkin, kami berjumpa dengan rakan - rakanku yang belajar sama sekolah denganku. Namun, kata seorang rakanku, Fariz (nama panggilannya Apau) keputusan PMR pelajar asrama tidak beberapa memuaskan. "Habislah aku, aku rasa aku yang kena buang asrama ni..", kata Fariz dengan nada yang cemas. Mengikut peraturan asrama, sesiapa yang mendapat 5 A termasuklah dalam subjek Sains dan Matematik sahaja dibenarkan menyambung persekolahan di asrama itu. Asrama itu umpama syurga bagiku. Bertemu rakan - rakan yang "sebulu"

Cerita pendek (cerpen)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cerita ini berkaitan dengan hidupku, namun telah diolah dan ditokok tambah kerana sedikit sebanyak peristiwa aku dah lupa. Hehehe

Citation preview

Page 1: Cerita pendek (cerpen)

Awal tahun 2007

Setelah keputusan Penilaian Menengah Rendah diumumkan lewat tahun 2005, ketika itu aku

masih lagi belajar di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru dan menetap di Asrama Semai Bakti

FELDA Johor Bahru. Pada pagi pengumuman keputusan PMR itu, hatiku mula rasa gelisah.

Pada pagi itu juga, awal pagi, tapi aku tak ingat bila tarikhnya, aku, Saddam dan Faizzy yang

merupakan anak jati Felda Redong 1, Segamat bertolak ke Johor Bahru. Ketika itu dengan

berbekalkan wang RM 50 pemberian Mak, aku bertolak ke sana dengan harapan dapat

menyambung belajar di sekolah itu lagi. Ketika sampai di Terminal Larkin, kami berjumpa

dengan rakan - rakanku yang belajar sama sekolah denganku. Namun, kata seorang rakanku,

Fariz (nama panggilannya Apau) keputusan PMR pelajar asrama tidak beberapa memuaskan.

"Habislah aku, aku rasa aku yang kena buang asrama ni..", kata Fariz dengan nada yang cemas.

Mengikut peraturan asrama, sesiapa yang mendapat 5 A termasuklah dalam subjek Sains dan

Matematik sahaja dibenarkan menyambung persekolahan di asrama itu. Asrama itu umpama

syurga bagiku. Bertemu rakan - rakan yang "sebulu" denganku, yang sama - sama pergi sekolah

denganku, yang mengajarku erti kehidupan di bandar ketika umur masih lagi setahun jagung.

Mereka umpama adik beradikku. Terutamanya 7 orang yang paling rapat denganku. Kami nakal.

Lompat pagar, ponteng sekolah, bergaduh bersama - sama. Kami mempunyai ikatan

persaudaraan yang sangat kuat. Namun, peraturan asrama lebih besar daripada perhubungan

kami ini. Sepanjang 3 tahun belajar bersama - sama, tidak pernah kami bergaduh, kecuali pada

awal - awal perkenalan kami

"Okay, nama - nama yang saya sebutkan ini, saya harap anda bersabar, dan anda tidak dapat

meneruskan lagi penempatan awak di asrama ini", kata Encik Karim, warden yang amat kami

Page 2: Cerita pendek (cerpen)

"musuhi". Encik Karim merupakan warden yang amat pilih kasih, bagi kami. Kami akan selalu

dituduh walaupun kami tidak melakukannya..

"Saddam, Haikal Sohar, Haikal Muslim, Ahmad Fariz dan akhir sekali... Arsyad Arifin. Kamu

semua tidak lepas kelayakan PMR dan kamu diarahkan untuk tidak menyambung pengajian di

asrama ini." kata Encik Karim dengan nada yang amat keras.

"Aduhhh, matilah aku, apa aku nak jawab kat mak aku", kataku, Pada ketika itu, wajah Mak,

Abah dan adik - beradik semua bermain - main dalam kepalaku.

"Kat mana aku nak sekolah lepas ni, dengan siapa aku nak berkawan, siapa yang nak berkawan

dengan aku". Macam - macam pertanyaan berada di dalam kepalaku. Pada masa itu, hanya

"kawan" yang berada di dalam kepalaku. Kawan adalah segala - galanya pada ku. Kawan itu adik

beradik sewaktu berada di asrama. Kawan itulah menolongku sewaktu aku susah, ketika sakit,

ketika ku mahukan pertolongan, kawan itu lah segala - galanya.

"Assalamualaikum Mak, Ipin ni, Ipin tak lepas keputusan PMR tu. Maafkan Ipin, Mak", kataku

menerusi telefon bimbit kepada Ibu ku. "Takpelah Pin, tak ada rezeki kau lah tu, baliklah

Segamat dulu", jawab Emak ku. Ketika itu, perasaan serba salah itu amat memukulku. Mana

taknya, aku merupakan anak bongsu ibu bapaku. Dan mereka amat menyayangiku.

Urusan perpindahan sekolah pun bermula. Daripada bersekolah di Johor Bahru, aku berpindah ke

sekolah di sekolah berdekatan kampungku.

"Woi Pin, kau dah sekolah kat sini ke? Apsal balik kampung. Hahahaha" pertanyaan kawan ku di

kampung itu tidak sempat ku balas tetapi diakhiri dengan gelakan ketawa. Pada ketika itu, begitu

malu sekali aku bukan kepalang. Namun ku gagahkan juga. Hidup mesti diteruskan, tiada alasan

Page 3: Cerita pendek (cerpen)

lain. Ketika dulu berada di Johor Bahru, aku dikatakan budak kampung kerana pakaian yang

tidak seperti masyarakat bandar. Tetapi itu tidak penting, kawan ku ramai. Mereka sama 0 sama

hampir serupa denganku. Tiada masalah!

"Awak pilih kelas apa yang awak minat, sama ada Sains Tulen, Sains Pertanian, Akaun atau

Akuakultur. Tapi kelas terakhir tu, saya nasihatkan awak jangan masuk, Mereka kebanyakannya

degil". Kata guru tersebut. Aku hanya mengangguk, Aku juga degil, malah lebih degil daripada

mereka yang berada di dalam kelas terakhir itu. Cuma mereka degil sehinggakan guru - guru

nampak. Mereka tidak pandai bermain dengan keadaan!

"Hmm, okaylah cikgu, saya minta kelas Sains Tulen, boleh? Guru itu terus mengangguk. Dia

amat bersetuju. Makin ramai pelajar Melayu lelaki di dalam kelas itu, lagi elok, pada

pendapatnya. Aku tak tahu sama ada perkiraanku ini betul atau tidak, cuma aku mahu bermula

dari bawah semula. Hidup mesti diteruskan!

Aku meneruskan persekolahan di sekolah baru ku, SMK Tenang Stesyen, Segamat. Saddam,

rakanku bersekolah di kawasan Bandar Segamat, namun aku lebih selesa di kawasan ini.

Kawasan kampung ini walaupun tidak secanggih bandar, walaupun banyak pokok kelapa sawit

dan getah berbanding bangunan tinggi - tinggi namun aku lebih selesa. Aku sedar aku anak

kampung, anak kampung yang gagal dan harus bangkit cepat. Aku mesti melalui semua ini.

"Woi Ipin... kau dah sekolah kat sini eh? Bukan ko sekolah kat JB ke dulu?, tanya seorang

rakanku, Faezzul Fadhli. Nama ringkasnya, Faiz. Aku hanya mengeluh.

"Aku kena singkir dengan asrama" jawabku ringkas, malas hendak bercerita lebih panjang

mengapa aku di sekolah ini. " Rileks la, aku ada. Aku tahu kau ada kawan kat sini tapi tak sama

pemikiran dengan kau, tapi aku boleh jadi kawan kau" kata Faiz, selamba. Aku hanya tersenyum,

Page 4: Cerita pendek (cerpen)

menjabat tangan dengannya. "Terima kasih, Iz" jawabku. Faiz merupakan seorang yang baik,

walaupun di daripada kelas hujung, setiap kata - katanya tidak menyakitkan hatiku. Senang kata,

dia merupakan seorang rakan yang nakal juga, tetapi tidak menyakitkan hati sesiapa. Aku selesa

berkawan dengannya. Walaupun ramai kawan yang sekampung lain, tetapi aku lebih suka

berkawan dengannya. Jiwanya hampir sama denganku.

Pertengahan tahun 2008, sebelum Kejohanan Bola Sepak Eropah bermula.

"Pin, jom pegi mancing, boringlah hari ni" ajak Faiz pada ku. Pada hari itu, Sabtu, memang

membosankan dan lebih bosan jika aku hanya duduk di rumah sahaja. "Okay jom. Tapi aku

takde joran" jawabku sambil tersenyum. "Takpe, aku ada, aku bawak tiga nanti. Tapi aku nak

pakai dua". Aku hanya tersenyum, dan segera mengambil pakaian dan cangkul untuk mencari

cangkul. Pada ketika itu, pada fikiranku hanya satu, umpan ikan adalah cacing. "Tak payah

banyak sangat cacing tu, aku ada bawak lipas dengan dedak", Faiz memberitahuku.

Perjalanan ku ke kawasan memancing itu jauh juga. Kira - kira 5 kilometer daripada kawasan

perkampungan Felda aku. Melihat ke langit, awan sudah berkepul - kepul hitam. "Patutlah panas

semacam, nak hujan rupanya" aku memberitahu Faiz. Faiz hanya mengangguk, tanda bersetuju

dengan pendapat ku. "Kalau hujan, kita balik lah. Masa hujan ni, ikan takde". Aku pula

mengangguk. Pada pendapatku, sama ada ikan dapat atau tidak, sama ada hujan atau tidak, itu

tak penting, yang penting, kebosanan aku pada hari itu terubat. Aku terus mengikutnya ke tempat

memancing di dalam kawasan kebun kelapa sawit.

"Kau tahu tak, di sini lah kawasan memancing kegemaran aku. Walaupun tak banyak ikan, tapi

tempat ni tenang. Lagipun aku kelas akuakultur, jadi aku memang minat dengan ikan - ikan ni

semua" kata Faiz, sejurus sampai di kawasan memancing itu. Aku hanya mengangguk, tanda

Page 5: Cerita pendek (cerpen)

bersetuju. Memang Faiz mempunyai ilmu yang luas di dalam memancing ini. Walaupun aku

pernah juga mengikut abang - abang ku memancing, namun aku hanya berharap kepada mereka

untuk membuat semua persediaan untuk memancing. "Nah, ni joran untuk kau, jangan sampai

rosak, bising Atuk aku nanti" bagitahu Faiz kepadaku. "Atuk? Ayah dan Mak kau mana?" tiba -

tiba soalan itu terpacul dari mulutku. "Hmm... diorang ada di Kelantan, bekerja di sana. Kat sini

Atuk aku yang jaga aku". "Ohhh..." sambut ku.

Aku masih ingat lagi, pada waktu itu, jam 4 petang, sudah hampir 3 jam kami di tempat

memancing itu namun hanya beberapa ekor sahaja ikan yang kami dapat. "Jomlah balik Pin. Hari

pun memang nak hujan sangat ni". Aku hanya mengangguk, bersetuju. Memang apabila aku

pandang ke langit, awan sangat gelap, tanda hujan hendak turun sebentar lagi. "Kalau main hujan

best jugak" kata ku, berseloroh. "Lusa kita nak ke sekolah, demam nanti, susah, enjoy - enjoy

jugak, kesihatan kena jaga jugak" jawab Faiz, sambil menasihati. Aku hanya tergelak. Tidak

menjawab.

Kami bersiap - siap untuk pulang. Disebabkan hujan telah turun rintik - rintik, Faiz melajukan

lagi perjalanannya itu. Mungkin dia mahu cepat pulang. Aku hanya berfikir di dalam hati.

Sampai di suatu selekoh, motosikal yang kami tunggangi itu hilang kawalan, aku hanya menjerit

dan kami terjatuh di situ. "Pin, kau okay tak? Ada luka?" Faiz bertanya kepadaku. Aku melihat

tanganku, berdarah tetapi tidak seserius mana. "Tangan kau tu luka". Faiz berlari ke arah

motosikal dan mengambil kain perca dan mengoyakannya lalu melilitkannya di tanganku.

"Kejap, kejap, aku nak basuh dulu luka ni", aku memberitahunya. Faiz hanya mengangguk.

Selesai membasuh tangan, Faiz terus mendapatkanku. Tanganku yang luka itu dibalutnya.

Nampak daripada riak mukanya itu semacam menyesal. "Salah aku, aku tak pandu moto ni betul

- betul", Faiz meminta maaf daripadaku. "Takpe Iz, aku okay. Sikit aje ni". Padaku luka itu tidak

Page 6: Cerita pendek (cerpen)

seserius mana. Kejadian itupun bukan disengajakan oleh Faiz. "Maafkan aku", pinta Faiz.

Mukanya menyesal. "Sikit aje luka ni. Aku okay aje. Lagipun kau bukan sengaja". Dia terus

meamapah ku dan membawa ku pulang ke rumah.

Pada malam kejadian itu, dia datang sekali lagi ke rumahku. Ibu bapa ku ada bertanya mengapa

tangan berbalut, namun aku menjawab aku terjatuh semasa memancing. "Tersadung", jawabku

ringkas. Menjawab kalimah suci itu dan aku terus ke beranda. Melihat muka bersalah Faiz, aku

tahu dia masih lagi rasa bersalah tentang perkara tadi. Sepatutnya, malam ini kami merancang

untuk ke Bandar Segamat, ingin mengambil angin malam Segamat, niat ku. Namun, malang

tidak berbau, apabila ditimpa kejadian begini, aku tiada lagi keinginan untuk pergi ke bandar itu,

malahan aku rasa ingin berehat sahaja di rumah. "Kau tengah buat apa?", tanya Faiz. "Makan...

Kau dah makan?", soalku semula. Faiz mengangguk. Aku tahu kedatangannya itu bermaksud.

Seperti malam - malam kebiasaan, sama ada Faiz atau aku datang ke rumah masing - masing

untuk pergi ke warung di Felda kami, untuk berbual - bual sama ada ingin menonton perlawanan

bola sepak ataupun merancang ke mana - mana pada esok hari.

"Jom, arep mamper warung", ajak Faiz di dalam Bahasa Jawa. Bahasa Jawa merupakan antara

bahasa perantaraan kami di felda ini. Kebanyakan daripada penduduk di sini merupakan

masyarakat etnik Jawa. Aku anggarkan jumlah mereka sekitar 60% daripada penduduk di sini

adalah daripada masyarakat etnik Jawa. Namun, generasi mereka seperti aku sudahpun jarang -

jarang menggunakan Bahasa Jawa sebagai bahasa perantaraan, kalau adapun, sekali - sekala.

Percampuran antara orang Melayu, Banjar, Bugis dan masyarakat bukan Melayu menyebabkan

kami lebih selesa berbahasa dalam Bahasa Melayu. "Jom", jawabku, tanda bersetuju dengan

ajakannya itu. Sebenarnya aku pula rasa gundah dengan perangai Faiz pada hari ini, sedangkan

Page 7: Cerita pendek (cerpen)

dia banyak kali juga "mengenakan" aku, tetapi pada hari ini, nampak dia begitu serius untuk

meminta maaf, dari petang tadi dan sehingga ke malam ini, dia masih tidak berputus asa.

"Aku nak minta..." Faiz memulakan bicara di warung itu. Pantas aku memintas kata - katanya itu

"Kau nak minta maaf lagi ke? Kan aku dah cakap aku takde apa - apa. Jangan risau. Takkan

dengan sebab ni aku nak marah dengan kau". "Aku tengok luka kau serius, aku rasa bersalah"

kata Faiz. "Takde papelah, Iz" jawab aku. "Malam ni, biar aku belanja", Faiz melawak. Aku

tersenyum dan tergelak. "Macam tu lah... Baru kawan", aku membalas dan terus ketawa. Kami

terus berborak sehingga lewat jam 12.00 tengah malam. "Balik jom", aku mengajaknya.

"Minggu depan dah start bola EURO, aku rasa aku nak tengok semua match. Sebab rasanya

lepas ni macam malas lagi nak tengok bola" Faiz mencadangkan kepadaku ketika kami sampai di

kawasan rumah ku. "Okay aje, aku pun suka tengok bola Eropah ni. Aku rasa aku nak sokong

Sepanyol kali ni, tengok macam okay je permainan diorang", aku mengiyakan cadangannya dan

menghulurkan jari kelingkingku, tanda berjanji. "Okay, aku nak sokong Rusia. Hahaha..", dia

turut menunjukkan jari kelingkingnya dan tergelak. Mungkin kerana keputusannya menyokong

Rusia pada perlawanan bola kali ini agak pelik dari kaca mata ku. "Takde kumpulan lain ke kau

nak sokong?", aku bertanya, sinis. "Suka hati akulah. Aku suka mencipta kelainan", jawab Faiz.

Aku terus bersalam dengannya untuk pulang ke rumah. Sememangnya itulah yang ibu dan

bapaku ajar kepada ku. Sama ada tua atau muda seseorang itu, kita harus tetap bersalaman

dengan mereka, sebagai tanda hormat.

Page 8: Cerita pendek (cerpen)

Perlawanan bola sepak antara Belanda dan Rusia

"Goll!!!" jerit Faiz. Pada ketika itu Rusia menyamakan kedudukan gol dengan Belanda. Aku

menepuk dahi. "Aishhh... Aku ingat dah bungkus si Rusia ini. Defend Belanda ni buat apa?"

soalku. "Tengoklah team siapa"., jawab Faiz, sambil tergelak - gelak. Perlawanan memasuki

minit terakhir dan masing -masing saling mengasak. "Gol lagi!!!" jerit Faiz, puas. Mukanya

kemerah - merahan, tanda puas hati. Faiz mempunyai darah keturunan Cina, dan kulitnya lebih

putih daripada aku. "Hahaha, puas hari ni, puas. Tak sia - sia", kata Faiz, bersemangat. Kami

pergi ke beranda rumahku dan ketika itulah Faiz mengajakku untuk berjalan - jalan di sekitar

kawasan Felda, walaupun jam sudah menunjukkan 5.30 pagi. Namun atas semangat setiakawan,

aku mempersetujui tanpa banyak soal.

"Aku rasa lepas ni aku tak tengok bola lagi, tu yang aku lepaskan semua tadi. Hehehe.." Faiz

cuba berjenaka. Namun aku tidak merasai apa - apa perubahan mengenai perangainya.

Perangainya memang begitu, tetapi akhir -akhir ini kerap kali dia mengatakan tentang perkara

"tak dapat". Namun aku tidak dapat mengesan perubahan tingkah lakunya. "Jom, pergi kat mesin

ATM kejap, aku nak keluarkan duit. Siang nanti aku nak pergi Segamat kejap, nak belikan

hadiah untuk seseorang", ajak Faiz. "Untuk awek kau ke? Untunglah..", balasku. "Hahaha. Dah

lama aku tak belikan dia hadiah". Aku terus mengikutnya ke mesin ATM yang terletak di

kawasan Pejabat Koperasi Feldaku itu.

"Petang nanti aku nak pergi Segamat, dengan Wan (rakanku yang lain). Kau nak ikut tak?" Faiz

bertanyakan kepadaku. "Tak kot. Aku banyak lagi homework belum siap. Kau pergilah okay?"

Aku menjawab. Sememangnya aku memang mempunyai banyak homework yang belum aku

Page 9: Cerita pendek (cerpen)

siapkan. Ketika kami pulang dari sekolah, Faiz sekali lagi bertanyakan soalan kepadaku. "Kau

tak nak ikut aku ke?. "Aku ada homework". jawabku ringkas. "Okay", balasnya

Sewaktu ke kedai pada petang itu, salah seorang rakanku menegur. "Pin, kau kenal Faezzul

tak?", tanya Solihin, salah seorang rakanku. "Kenal, kenapa dengan dia?", balasku. "Aku dengar

dia terlibat dalam suatu kemalangan tadi. Dekat kawasan Jambatan Timbang Tenang Stesyen".

kata rakanku, dengan nada sedih. "Ya Allah. Selamatkanlah dia. Selamatkanlah dia", aku

beristighfar berulang - ulang kali. Hatiku mula rasa sedih. Faiz merupakan kawan pertamaku di

Felda ini yang aku rapat. Banyak kenanganku bersamanya. Kami memancing, melepak, pergi ke

bandar bersama. Pada petang itu juga aku pergi ke rumah datuknya. Rumah datuknya tidaklah

jauh sangat daripada rumahku. "Alang - alang dah pergi ke kedai ni, baik juga aku pergi ke

rumah atuk Faiz ni", aku berkata di dalam hati. "Assalamualaikum", perlahan tapi kuat suaraku

apabila sampai di rumah Datuk Faiz. Tidak bersahut salam apabila masuk kali ketiga aku

memberi salam ke kawasan rumahnya. "Hmmm... Takde orang. Mungkin semua dah dapat berita

buruk ni. Dan semua dah pergi ke Hospital Segamat", getus hatiku.

Pada malam itu, ketika sebelum waktu Isya', telefon bimbitku berdering. Aku cuba menghubungi

Faiz pada petang selepas aku balik dari rumah datuknya. Tapi gagal. "Assalamualaikum, Arsyad

Arifin ada?". "Waalaikumsalam, ye saya Arsyad. Ni siapa?", aku bertanya semula. Nombor yang

dipaparkan itu tiada dalam kenalanku. "Saya Faseha, rakan sekelas Faiz", jawab suara itu,

memperkenalkan diri. "Oh, Seha, kenapa?" aku bertanya semula kepadanya. "Aku harap kau

sabar. Faiz dah takde. Dia dah meninggal dunia lepas Maghrib masuk tadi. Jam 7.15 petang. Aku

harap kau sabar. Aku tahu kau kawan baik dia", Faseha memberitahuku. Aku terduduk, tapi

tanganku masih tak melepaskan lagi telefon bimbit. "Innalillah. Kepada Allah kita datang,

kepada Allah kita kembali", jawabku, sedih teramat sangat.

Page 10: Cerita pendek (cerpen)

Aku segera menunaikan solat Isya' dan selepas selesai menunaikannya, aku menghidupkan enjin

motor. "Kau nak pergi mana?" soal ibuku. Pelik. Mana taknya, dengan mata yang merah dan

memegang naskhah Yaasin aku meluru ke kawasan parking rumahku. "Kawan Ipin meninggal

dunia, Mak. Faiz dah meninggal dunia", jawabku. "Innalillahiwainnailahirojiun", kalimah itu

keluar daripada mulut Ibuku lalu menggeleng. "Dia budak baik, walaupun dalam pelajaran tak

berapa baik", tambah Ibuku. Ibuku sedikit sebanyak mengenali Faiz. Kadang - kala ketika aku

lambat, Ibulah yang selalu berbual dengannya. Ternyata Ibu tidak menghalang kami daripada

berkawan, walaupun dia berada di dalam kelas hujung di sekolah. Ibuku selesa dengan

perangainya. "Kirim salam Mak kat keluarga Faiz", Ibuku bersuara lagi. "InsyaAllah", jawabku

ringkas.

Ketika sampai di rumah arwah, aku terus meletakkan motorku di kawasan tepi jalan rumahnya.

Tiba - tiba aku terserempak dengan Tam, salah seorang rakanku juga. Tam. "Tam, kau tahu

macam mana arwah meninggal? Dia kemalangan dengan apa?" tanyaku. "Wan bawa motor, tapi

dia tak perasan kereta depan dia berhenti. Arwah duduk di belakang, membonceng, tercampak ke

tepi dan badannya terkena pokok tepi jalan tu. Wan pun teruk juga, dia baru tahu arwah

meninggal sebab lepas kemalangan tu, dia tak sedarkan dia. Mungkin terkejut", jawab Tam,

ringkas, tapi memberi maklumat yang aku agak tepat. "Oh... aku nak lihat mukanya buat kali

terakhir, dia rakan aku yang baik", jawabku di dalam hati.

Van mayat pun sampai ke rumah arwah kira - kira jam 11 malam dan mengangkat keranda ke

dalam rumahnya. Aku juga yang mengangkat jenazahnya keluar daripada keranda itu. Aku buka

bahagian matanya. "Ya Allah, sesungguhnya insan inilah yang aku kenal dan aku kasihi

semenjak aku berpindah ke sekolah ini, dialah yang menjadi tempatku mengadu", aku berdoa ke

hadrat Illahi untuk roh Faiz. Aku menangis teresak - esak, lemah dan hampir longlai.

Page 11: Cerita pendek (cerpen)

Kebanyakan rakan - rakan sekolah kami juga begitu, termasuklah Seha, teman wanita Faiz. Aku

mencium dahi arwah, sejuk. "Aku tak akan lupakan kau sampai bila - bila, Iz", kataku di dalam

hati. "Baik, kita akan kebumikan arwah lepas solat Subuh esok, kata Imam Amin, salah seorang

Imam tersohor di Feldaku itu.

Pada malam itu, aku hanya duduk di tepi arwah dan hanya membacakan Surah Yaasin

kepadanya. "Ini sahaja yang aku mampu untuk kau, Iz", aku berbisik kepadanya. Walaupun aku

tahu dia telah meninggalkanku buat selama - lamanya. Aku tahu dia mendengarnya. Aku tahu.

"Aku datang esok pagi, Iz. Lepas Subuh aku datang semula", tambahku. Jam telah menunjukkan

jam 3.00 pagi. Aku perlu pulang ke rumah untuk mandi dan ganti pakaian.

"Kepada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali...", itu ayat talkin daripada Imam

Amin. Alhamdulillah, selesai upacara pengebumian arwah, aku terus balik ke rumah. Semoga

Allah merahmati roh arwah di sana. InsyaAllah!

Tahun 2013

Walaupun aku kerap mengalami mimpi tentang arwah, namun hampir tiga tahun aku tidak lagi

bermimpi tentang dia. Aku brharap dia tenang di sana. Kini, aku sudahpun belajar jauh daripada

kawasan Feldaku. Rakan - rakan baruku ramai di sini. Mereka baik kepadaku. Namun aku masih

mengingati arwah. Cuma tak sekuat dulu. Apabila terluang, aku datang ke pusaranya. Menziarahi

arwah. Saddam, rakanku ketika di asrama juga telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan

raya pada 7 Januari 2013, cuma lokasinya berbeza. Kini ketika di Felda, rakanku yang seasrama

denganku hanyalah tinggal Faizzy. Dia masih merupakan rakan baikku. Walaupun dia belajar di

tempat lain. Tetapi hubungan kami tetap sama seperti dulu.

Al - Fatihah kepada mereka berdua, Faezzul Fadhli bin Abdullah dan Saddam bin Rohani.