5
TEKS MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2015 Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat ___________________ kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس ب ن لي س ر م لء وا ا ي ب ن# الأ رف( ش ى ا عل لأم س ل ا1 وة ل ص ل وا ن مي ل عا ل ا له رب مد ل ح ل ا ن عي م ح# ه ا ب ح ص له و# ى ا عل و. ري م ا ي ل ر س ب و صدري ي ل رح( ش ا رب ي ل و1 ق ح1 ق ف ي ى سلن ل ن م1 دة1 ق ع ل ل ح و. Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Dato Zulkarnain bin Kamisan, ADUN Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Sireh berlipat sirih pinang Sireh dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara Assalamualaikum...WBT. Yang Berhormat Dato Zulkarnain bin Kamisan, ADUN Seri Medan Yang Berhormat Dato Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong Yang Berusaha Pn. Hjh. Nafsiah binti Hussin, Guru Besar SK Seri Permatang Rengas

Teks MC : Sambutan Mauliduurasul

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks MC : Sambutan Mauliduurasul

TEKS MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2015

Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat ___________________

kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

الرحيم الرحمن الله بسموالمرسلين األنبياء اشرف على السالم والصلوة العالمين رب لله الحمد

أجمعين وصحبه أله .وعلىامري لي ويسر صدري لي اشرح ربقولي يفقح لسلني من عقدة .وحلل

Mengumumkan, ketibaan Yang Berhormat Dato Zulkarnain bin Kamisan, ADUN Seri

Medan, Batu Pahat, Johor.

Sireh berlipat sirih pinang

Sireh dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum...WBT.

Yang Berhormat Dato Zulkarnain bin Kamisan, ADUN Seri Medan

Yang Berhormat Dato Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong

Yang Berusaha Pn. Hjh. Nafsiah binti Hussin, Guru Besar SK Seri Permatang Rengas

Yang Berusaha _______________________, Guru Besar SA Seri Permatang Rengas

Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan, SK SPR dan SA SPR

Yang Dihormati Dato Ahmad Zahri bin Jamil, Mantan ADUN Seri Medan

Yang Dihormati Tuan Hj Mohd Yusof bin Marsam, imam Masjid Parit Laman

Page 2: Teks MC : Sambutan Mauliduurasul

Yang Dihormati En. Mohd Idris bin Kassim, Ketua Kg Parit Laman bersama JKKK Kg Parit

Laman / Parit Karjan, warga SKSPR, SASPR

Yang dialu-alukan Tuan Hj Mohamad Yassin b Hassan, Penghulu Mukim 18 Seri Medan

dan seterusnya siding hadirin yang dihormati Allah sekalian.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1436H . 2015M

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi, kerana  atas

limpah kurniaNya  dapat kita bersama-sama pada hari ini di _____________

_____________________ bagi meraikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2015 ajuran

GABUNGAN JKKK KG PARIT LAMAN / PARIT KARJAN, SEK. AGAMA SERI PEMATANG RENGAS,

SEK. KEB. SERI PEMATANG RENGAS dengan kerjasama UMNO BAHAGIAN PARIT SULONG

DAN JASA.

Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan

Rasulullah S.A.W dan menzahirkan syiar Islam, disamping mengeratkan perpaduan

diantara warga sekolah, masyarakat dan pemimpin selaras dengan tema Sambutan

Maulidurrasul 1436 H; “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

Majlis pada pagi yang berbahagia ini akan dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran

yang akan disampaikan oleh ________________________________ dan seterusnya memimpin

bacaan selawat. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ___________________________ atas bacaan ayat-ayat suci al-

Quran dan selawat sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Membeli pukat di Simpang AmpatSinggah sebentar di Anjung BatuTangan diangkat jari dirapatDoa dipanjat memohon restu

Hadirin yang dihormati,

Page 3: Teks MC : Sambutan Mauliduurasul

Bagi memohon keberkataan majlis pada hari ini, pihak majlis menjemput dan

mempersilakan Tuan Hj Mohd Yusuf bin Marsam, Imam Masjid Kg Parit Laman bagi

memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

…………..

Amin3 Ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Yusuf bin

Marsam atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita akan dapat berjalan dengan

lancar dan mendapat keredhaan Allah S.W.T, insyaAllah.

Bukan rumput sebarang rumput,

Rumput penghias tepi halaman;

Bukan jemput sebarang jemput,

Jemput memohon kata aluan.

Majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati, En. Mohd Idris bin Kassim, Ketua Kg Parit

Laman, selaku Pengerusi Majlis Sambutan Maulidurrasul pada hari ini bagi menyampaikan

ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya majlis berbesar hati menjemput Yang Berhormat Dato Zulkarnain bin Kamisan,

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Medan, Batu Pahat, Johor untuk menyampaikan sedikit

ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato di atas kesudian

menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat,

Page 4: Teks MC : Sambutan Mauliduurasul

Majlis diteruskan lagi dengan mendengar ceramah yang bakal disampaikan sebentar lagi.

Marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang

bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan itu, majlis

dengan penuh takzim mempersilakan Sahibul Fadhilah As-Syeikh Tuan Hj Baharin bin Jalal,

Kadi Batu Bahat untuk menyampaikan ceramahnya. Dipersilakan.

….

Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan

dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan

jutaan terima kasih kepada Sahibul Fadhilah di atas ceramah sebentar tadi.

Sidang hadirin warga dewan sekalian,

Dengan berakhirnya ceramah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis Maulidur Rasul

1436H di bawah tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”. Akhir kata,

sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu

datangnya dari kelemahan pihak kami sendiri.

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan di dalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan disimpan di dalam hati

Kalau ada sumur di ladang

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang pandang

InsyaAllah kita berjumpa lagi

Kami mewakili pihak majlis ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan

kami sepanjang majlis berlangsung. Jutaan terima kasih atas segala kerjasama yang

diberikan oleh semua pihak secara langsung dan tidak langsung.

Page 5: Teks MC : Sambutan Mauliduurasul

Sebelum bersurai, majlis menjemput YB Dato, Sahibul Fadhilah, DIF-DIF jemputan, tuan-

tuan, puan-puan dan semua yang hadir pada hari ini untuk menikmati jamuan yang

disediakan. Sekian, terima kasih, Wa Billahittaufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum WBT.