10
ATURCARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN KEMERDEKAAN 2011 PERINGKAT TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA PENGERUSI MAJLIS: ABDULLAH MUSA 7:45 am - Ketibaan Orang Ramai dan Pendaftaran 8:00 am - Perhimpunan Pagi: Nyanyian: Negaraku Lagu Negeri Sembilan Lagu Kemas Lagu 1 Malaysia 8:15 am - Bacaan Doa oleh Adik Nur Ayu Suraya Binti Zaidi 8:30 am - Bacaan Teks Amanat Ketua Pengarah Kemas - Ucapan Aluan Pengerusi Tabika Kemas - Ucapan Aluan Pengurus Felda BRU Encik Abd Jalal Ajat 9:10 am - Minum pagi 9:15 am - Pertandingan:1. Mewarna Bendera 2. Ratu Hatiku 3. Masakan 11:30 am - Jamuan Hari Raya Cabutan Nombor Bertuah Penyampaian Hadiah Penyampaian Cenderahati 12:00 pm Bersurai

Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

ATURCARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN KEMERDEKAAN 2011PERINGKAT TABIKA KEMAS FELDA BUKIT ROKAN UTARA

PENGERUSI MAJLIS: ABDULLAH MUSA

7:45 am - Ketibaan Orang Ramai dan Pendaftaran

8:00 am - Perhimpunan Pagi:

Nyanyian: Negaraku

Lagu Negeri Sembilan

Lagu Kemas

Lagu 1 Malaysia

8:15 am - Bacaan Doa oleh

Adik Nur Ayu Suraya Binti Zaidi

8:30 am - Bacaan Teks Amanat Ketua Pengarah Kemas

- Ucapan Aluan Pengerusi Tabika Kemas

- Ucapan Aluan Pengurus Felda BRU

Encik Abd Jalal Ajat

9:10 am - Minum pagi

9:15 am - Pertandingan:1. Mewarna Bendera

2. Ratu Hatiku

3. Masakan

11:30 am - Jamuan Hari Raya

Cabutan Nombor Bertuah

Penyampaian Hadiah

Penyampaian Cenderahati

12:00 pm Bersurai

Page 2: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassalatu wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai walmursalin. Wa’ala alihi wasahbihi wabarik wasallim. Subhanaka la ‘ilmalana illa ma ‘allamtana innaka antal ‘alimun hakim.

Rabbishrahli sadri wayassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu qauli.

Yang Dihormati Tetamu Kehormat Majlis kita hari ini, Encik Abd Jalal Bin Ajat, Pengurus Felda Bukit Rokan Utara.

Yang Berbahagia Encik Abdul Talib Bin Ahmad, Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Felda Bukit Rokan Utara.

Yang Berusaha Encik Abdul Manap Bin Kahar, Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara.

Barisan Ahli-ahli Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Pemaju-pemaju masyarakat, Pelajar-pelajar Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, para ibubapa dan penjaga, Tetamu-tetamu Jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian.

Dinihari pergi lautanUntuk menjala si ikan bilis

Assalamualaikum tuan dan puanMohon saya meneruskan majlis

Sirih pinang di dalam puanBuat santapan putera idamanSebagai hidangan puteri rupawanBuat cicipan dagang nan maulan

Selamat datang kami ucapkanBuat tuan puan budimanKe sidang majlis penuh taakulanBersama merapat ukhwah dan taulan

Assalamualaikum warahmatullahi Ta’ala wabarakatuh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan.

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan 2011 Peringkat Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara pada pagi yang mulia ini. Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara serta para hadirin sekalian. Saya berasa sungguh gembira kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa muhibbah di dalam suasana mesra dan terbuka.

Bagi menyemarakan lagi semangat patriotik majlis kita pada pagi yang ceria ini dijemput semua hadirin berdiri bagi menghormati dan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu:

1. Negaraku2. Lagu Negeri Sembilan3. Lagu Kemas4. Lagu 1-Malaysia

Page 3: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

Dengan ini majlis mempersilakan.

[Nyanyian Lagu-lagu Patriotik]

Begitulah tadi nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Sembilan, Lagu Kemas dan Lagu 1 Malaysia yang telah dinyanyikan dengan penuh bersemangat.

Mohon Yang Berbahagia Tuan Pengurus, para tetamu jemputan serta para hadirin mengambil tempat.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat, izin dan kurnia-Nya maka kita masih diberikan kesempatan, kesihatan dan juga kelapangan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.

Syukur juga kerana pada hari ini, kita diberikan taufik dan inayah oleh Allah swt untuk kita berkumpul di perkarangan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara ini demi satu tujuan yakni untuk bersama-sama kita bertemu dan seterusnya beramah-mesra bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 serta sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-54 pada pagi yang ceria dan meriah ini.

Pertemuan dan perhimpunan kita pada pagi ini dapat kita jalankan dengan penuh tertib dan teratur, dalam suasana yang harmoni dan mesra. Inilah nikmat kemerdekaan yang telah kita nikmati sejak 5 dekad yang lepas, seluruh rakyat dapat memelihara dan mengekalkan keamanan yang dikecapi ini, utuh dan kukuh dalam semangat persaudaraan dan perpaduan sebagai bangsa Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Bersempena bulan Syawal yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain dengan penuh keinsafan dan kesedaran. Sengketa kita redakan, yang renggang kita rapatkan, yang jauh kita dekatkan dan barang yang lepas kita lupakan.

Insya-Allah, pada hari yang berbahagia ini kita akan bersama-sama menjayakan majlis sambutan dengan pelbagai acara menarik antaranya:

i) Pertandingan-pertandingan

a. Mewarna Bendera,

b. Ratu Hatiku

c. Masakan

ii) Amanat-amanat pemimpin

iii) Cabutan bertuah.

Semoga penganjuran majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Tabika Kemas dengan ibu bapa, penjaga serta masyarakat setempat.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan peringkat Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara pada pagi ini adalah salah satu medan untuk kita semarakkan kampung ini dengan suasana kemesraan dan persaudaraan yang berkekalan bak kata peribahasa Melayu, “Air dicincang takkan putus” dan “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.”

Page 4: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

Untuk memanjatkan rasa syukur dan memohon rahmat serta keberkatan dari Allah swt untuk majlis kita pada pagi yang penuh barakah ini, saya dengan segala hormatnya menjemput Adik Nur Ayu Suraya Binti Zaidi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

[Bacaan doa oleh Adik Nur Ayu Suraya Binti Zaidi]

Amin, Ya Rabb al-‘Alamin.

Terima kasih Adik Nur Ayu Suraya Binti Zaidi atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Sambutan Hari Raya kita pada tahun ini jatuh serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Sambutan Hari Kemerdekaan kita pada tahun ini adalah bertemakan “1-Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

Kini, kita telah pun merdeka selama 54 tahun. Pada usia 54 tahun kemerdekaan negara pelbagai peristiwa pahit manis telah negara kita lalui. Pelbagai cubaan dan cabaran telah kita rempuhi dengan semangat satu Malaysia.

Meskipun telah jauh kita berjalan, namun kita juga tidak harus melupakan sejarah perjuangan generasi terdahulu. Mereka telah membentukkan sebuah negara melalui proses aman dan demokratik walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan daripada penjajah asing mahupun anasir-anasir dalaman.

Setelah sekian lama negara kita merdeka, namun adakah kita sudah mencapai hasrat dan aspirasi nenek moyang kita? Adakah kita sudah berjaya membina sebuah negara yang diimpikan tokoh-tokoh kemerdekaan kita? Marilah kita mengambil iktibar daripada apa yang sedang berlaku di sekeliling kita dan bersyukurlah menjadi rakyat yang merdeka.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak berkat ilmu tanpa amalnyaTak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Oleh itu untuk meneruskan acara, saya menjemput Cik Siti Zubaidah Binti Pa’at, Setiausaha merangkap Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, untuk membacakan teks amanat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Malaysia, Dato' Abdul Puhat Bin Mat Nayan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

[Bacaan Teks Amanat Ketua Pengarah Kemas]

Terima kasih diucapkan kepada Cik Siti Zubaidah Binti Pa’at di atas bacaan teks amanat oleh Ketua Pengarah Kemas sebentar tadi.

Semoga amanat yang disampaikan sebentar tadi dapat diambil iktibar dan dijadikan landasan untuk kita bersama-sama membangunkan dan memajukan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara ini.

Page 5: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Abdul Manap Bin Kahar, Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, untuk menyampaikan sedikit ucapan aluan. Dipersilakan.

[Ucapan Pengerusi Tabika Kemas FBRU]

Majlis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Abdul Manap Bin Kahar di atas ucapan aluan beliau tadi.

Hadirin sekalian,

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara

Untuk itu, saya seterusnya mempersilakan Tetamu Kehormat majlis, Encik Abd Jalal Bin Ajat, Tuan Pengurus Felda Bukit Rokan Utara untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

[Ucapan Tuan Pengurus Felda Bukit Rokan Utara]

Jazakallahu Khairan Kathira. Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan Tetamu Kehormat majlis, Encik Abd Jalal Bin Ajat, Tuan Pengurus Felda Bukit Rokan Utara itu tadi.

Minum Pagi:

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Burung kelicap makan padi,

Padi datang dari Medan,

Perut kini sudah berbunyi,

Tibalah masa untuk santapan.

Buah mangga si buah rambutan

Di hidang bersama di dalam pinggan

Hidangan tersaji menunggu jemputan

Harap sudi, jangan malu dan segan.

Untuk itu saya bagi pihak majlis menjemput Tuan Pengurus Felda Bukit Rokan Utara, AJK Tabika Kemas, para pelajar, ibubapa, penjaga dan juga para hadirin sekalian untuk bersama-sama menikmati hidangan ringan pagi yang telah disediakan. Dipersilakan.

Majlis akan disambung selepas ini dengan acara-acara pertandingan Mewarna Bendera, Ratu Hatiku dan Masakan. Selepas selesai acara-acara pertandingan tersebut, kita akan ke acara penyampaian hadiah dan seterusnya kita akan menikmati hidangan hari raya.

Page 6: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

Pertandingan-pertandingan:

1. Pertandingan Mewarna Bendera

2. Pertandingan Ratu Hatiku

3. Pertandingan Masakan

Penyampaian Hadiah:

Hadirin dan Hadirat Sekelian,

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan pertandingan-pertandingan yang telah dilaksanakan. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan Encik Abd Manap Bin Kahar, Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, untuk mengiringi Encik Abd Jalal Bin Ajat, Pengurus Felda Bukit Rokan Utara, bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Keputusan-keputusan Pertandingan:

1. Pertandingan Mewarna Bendera

Ketiga:Kedua:Johan:

2. Pertandingan Ratu Hatiku

Ketiga:Kedua:Johan:

3. Pertandingan Masakan

Ketiga:Kedua:Johan:

Terima kasih diucapkan kepada Encik Abd Jalal Bin Ajat di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Majlis juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang.

Cabutan Nombor Bertuah:

Para hadirin sekalian,

Sila ambil perhatian. Sekarang acara Cabutan Nombor Bertuah akan dilakukan. Sebanyak tiga nombor akan dicabut. Para hadirin diminta merujuk kepada nombor yang telah diberikan masing-masing semasa pendaftaran pagi tadi.

Dengan itu majlis mempersilakan Encik Abdul Jalal Bin Ajat, Pengurus Felda Bukit Rokan Utara untuk membuat tiga cabutan nombor.

Page 7: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

Cabutan pertama bernombor …… Dijemput pemegang nombor bertuah tersebut tampil ke hadapan untuk menerima hadiah dari Tuan Pengurus.

Cabutan kedua bernombor …….. Dijemput pemegang nombor bertuah tersebut tampil ke hadapan untuk menerima hadiah dari Tuan Pengurus.

Cabutan ketiga bernombor …….. Dijemput pemegang nombor bertuah tersebut tampil ke hadapan untuk menerima hadiah dari Tuan Pengurus.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Jalal Bin Ajat, Pengurus Felda Bukit Rokan Utara dan tahniah kepada para pemenang Cabutan Nombor Bertuah sebentar tadi.

Penyampaian Cenderahati:

Sebagai penghargaan kepada sumbangan dan jasa-jasa Jawatankuasa Tabika Kemas, majlis hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara 2011.

Bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati ini, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Abd Manap Bin Kahar, Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara untuk mengiringi Yang Dihormati Encik Abd Jalal Bin Ajat, Pengurus Felda Bukit Rokan Utara bagi menyampaikan cenderahati.

[Penyampaian Cenderahati kepada AJK Tabika][Senarai AJK Penerima Cenderahati]

Majlis setulus hati merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Pengurus Felda Bukit Rokan Utara atas kesudian menyampaikan cenderahati tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan pihak Tabika Kemas di atas kesudian Tuan Pengurus hadir ke Majlis kami pagi pagi yang ceria ini, Majlis mempersilakan Encik Abd Manap Bin Kahar menyampaikan cenderahati Tabika Kemas kepada Yang Dihormati Tuan Pengurus. Dipersilakan.

Terima kasih.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muaraKok berenang dah sampai ke tepianKok berlari dah sampai ke garisanKok berjalan dah sampai ke penghujung

Para hadirin sekalian, kita telahpun berada di hujung Majlis. Di kesempatan ini, saya bagi pihak Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara ingin memohon ribuan kemaafan andai ada tersalah dan tersilap sepanjang kami menganjurkan Majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan sebarang kekurangan itu adalah dari kelemahan kami sendiri.

Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, terutama kepada semua pelajar dan ibubapa

Page 8: Teks pengacara majlis sambutan hari raya tabika kemas fbru 2011 a4

atau penjaga, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh meriah ini.

Pihak Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara juga sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Abd Jalal Bin Ajat, Pengurus Felda Bukit Rokan Utara, Encik Abd Talib Ahmad, Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Felda Bukit Rokan Utara, tetamu-tetamu jemputan serta para hadirin yang telah bersama-sama terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini.

Akhir kata, sekalung tahniah juga kepada semua warga kerja Tabika Kemas yang telah bertungkus-lumus mengorbankan masa dan menyumbangkan tenaga bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara pada pagi ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama padu dengan menyumbangkan pelbagai juadah dan sajian untuk dikongsi dan nikmati bersama oleh para tetamu dan hadirin pada hari ini. Semoga usaha dan pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan sekalian mendapat ganjaran yang sebesar-besarnya dari Allah swt.

Semoga majlis yang telah diadakan ini memberikan manfaat dan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Tabika Kemas dengan ibu bapa, penjaga serta masyarakat setempat.

Sungai disusur sehari-hariDalam gelap menangkap ikan

Mari menyusun sepuluh jariSalah dan silap harap maafkan

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali.

Sebelum bersurai, saya dengan sukacitanya menjemput para tetamu kehormat serta tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekelian untuk menikmati jamuan Hari Raya yang telah disediakan.

Sekian sahaja, salam hormat, dan salam kemerdekaan.

Wabillahi Taufiq wal Hidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi Taala wa Barakatuh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.